Gambar Hiasan |
ALOR SETAR - Masyarakat Cina di negeri ini dijangka akan beralih arah untuk kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Menurut tinjauan yang dilakukan, ramai di kalangan mereka yang mengaku memberi undi kepada parti pembangkang sebelum ini meluahkan rasa serik gara-gara termakan umpan politik pembangkang, khususnya DAP.
"Sudah dua kali kami bagi undi. Dun kami kasi, parlimen pun kami kasi. Tapi apa pun depa tak buat. Masa banjir, depa lambat mai. Kalau terbakar, esok lusa pun belum tentu depa mai tengok. Ini macam boleh harap ka?," kata Ah Chit, seorang peniaga tempatan kepada Kedahnews.com, di sini hari ini.
Menurut rakannya, Steven, parti-parti pembangkang hadir bertemu mereka menjelang pilihan raya dan memujuk rayu serta memburuk-burukkan MCA dengan sentimen yang memecah-belahkan perpaduan masyarakat.
Katanya, mereka juga telah mencetus pemikiran mendakwa negara ini akan dikuasai oleh bangsa Cina sekiranya mereka menyokong pembangkang meskipun Perdana Menteri dilantik daripada bangsa Melayu.
"Mereka ajar kami untuk bersikap negatif terutama kepada MCA, Gerakan dan BN. Betul dua kali kami beri undi pada pembangkang. Tapi kali ini kami mahu ajar mereka balik. Kami tak bodoh seperti yang mereka sangka," katanya.
Selain itu, Steven turut menegaskan bahawa masyarakat Cina terpaksa memberi undi kepada pembangkang sebelum ini bagi mengelak daripada ancaman disisih daripada aktiviti ekonomi sekiranya pembangkang berjaya mengambil alih pentadbiran negara.
Katanya, mereka yang menyokong BN akan dikenal pasti dan bimbang tidak akan diberikan peluang berniaga seperti biasa jika pembangkang memenangi pilihan raya.
"Ramai yang bimbang dan terpaksa sokong pembangkang. Kami bimbang tak boleh cari makan. Padahal, mereka hanya menakut-nakutkan kami. Kawan-kawan saya di Pulau Pinang ramai yang sudah tertipu dengan mainan politik mereka.
"Majoriti kami di Kedah tak mahu lagi dipermainkan pembangkang. Kami bukan suka sangat politik, kami nak cari makan dengan aman saja. Tapi sudah dua kali mereka tipu kami dan kami takkan beri undi lagi pada mereka," tegasnya.
Selain itu, turut difahamkan bahawa antara faktor keengganan masyarakat Tiong Hua untuk memberi sokongan kepada pembangkang kali ini adalah disebabkan Pakatan Harapan menamakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri mereka.
Kata mereka, rata-rata masyarakat Cina di Kedah kenal sangat dengan politik licik Mahathir dan beliau dianggap tidak lagi relevan untuk kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri meskipun pun untuk sementara.
"Kami belum gila untuk bagi dia berkuasa semula. Gila la Pakatan (Harapan) mau kasi dia kuasa. Kita mau maju ke depan, itu Mahathir sudah tua maaa.. sudah outdated," katanya sambil ketawa. - Kedahnews.com