PETALING JAYA - Keluarga pelari maraton Evelyn Ang membuat keputusan untuk menghentikan mesin pernafasannya.
Keputusan itu dibuat selepas tiga hari pemandu yang melanggar Ang didakwa atas kesalahan kecuaian.
"Doktor memberitahu bahawa sistem badannya tidak lagi berfungi.
"Jantung dia tahu (badan) tidak berfungsi lagi," jelas salah seorang ahli keluarga ketika ditemui.
Tambahnya, pihak keluarga diberitahu bahawa Ang mungkin hanya bertahan tidak lebih daripada beberapa jam tanpa mesin sokongan hidup.
Ang,,44, telah menjalani sebelas pembedahan apabila mengalami pendarahan di otak, keretakan tempurung kepala selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika menyertai Larian Maraton Antarabangsa Banda Klang 2017 Disember lalu.
"Dia juga mengalami serangan jantung sebanyak dua kali, dua hari lalu.
"Kami semua cuba menerimanya. Kami tetap di sini. Ia akan menjadi satu kehilangan besar terutama kepada ibu bapa kami," jelasnya.
Pada kejadian pukul 4.30 pagi itu, tiga pelari dilanggar dan mengalami kecederaan termasuk Ang.
Dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan di kepala dan tangan.
Sumber: Mstar Online