Kenapa Mahfuz Perlu 'Sibuk' Khalid Ibrahim Sokong PAS?


Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kini 'tidak menyenangi' apabila PAS memberi tawara  kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

Beliau mendakwa tawaran yang dibuat oleh PAS Selangor dilihat sebagai kesediaan parti itu membentuk kerajaan campuran dengan UMNO selepas pada PRU ini. 

Ramai yang bertanya, jika PAS Selangor boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR pada PRU13 , kenapa PAS tidak boleh pula berkerjasama dengan UMNO/BN untuk membentuk kerajaan negeri.

Mahfuz yang meninggalkan PAS hujung tahun lepas dalam satu kenyataannya semalam , berkata tawaran PAS itu menunjukkan PAS Selangor secara tidak langsung sudah mendapat 'lampu hijau' daripada PAS pusat.

 Mahfuz berkata demikian merujuk kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi yang menyatakan PAS tiada masalah menerima Khalid walaupun bekas menteri besar Selangor itu tidak akan bertanding atas tiket PAS.

"Nampaknya PAS tidak perlu menunggu sehingga selesai PRU14 untuk jadi kuasa penentu apabila pilihan hati sudah dizahirkan dalam menentukan siapa bakal MB Selangor selepas PRU14," kata Mahfuz lagi.

Sebelum ini Khalid  menyatakan kesediaannya membantu BN merampas Selangor daripada Pakatan Harapan pada PRU14 dan pada masa sama sedia membantu kemenangan PAS.

Namun Khalid pada satu pertanyaan baru-baru ini berkata, beliau akan menyokong parti mana yang disukainnya asalkan bukan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Dalam wawancara khas bersama Malaysiakini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengakui Khalid tokoh yang sangat dihormati, berpengalaman dan mendapat sokongan penuh daripada parti Islam itu.

Menerusi laman sosial, Khalid mendakwa rakyat Selangor akan rugi lebih RM2 bilion dalam isu penyusunan semula industri air sekiranya sokongan diberi kepada Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa itu.

Dalam pada itu Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini menyifatkan sokongan Khalid kepada PAS atau BN tidak memberi kesan atau menjejaskan gabungan parti pembangkang dlam menghadapi PRU14  kerana Khalid bukanlah ahli politik sebaliknya hanya seorang tokoh perniagaan. 

Namun bagi PKR parti itu lebih mengharapkan PAS daripada Parti Amanah Negara (PAN) untuk membentuk kerajaan.

Pertelingkahan PKR dan PAN berhubung agihan kerusi yang dijangka berlanjutan akan memberi kelebihan kepada PAS dan UMNO di Selangor. -Kedahnews.com