Kerajaan Pastikan Bantuan Mangsa Banjir – PM


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memantau dan memastikan bantuan banjir sampai kepada mangsa di Sarawak.

Beliau berharap agar mangsa banjir di negeri itu tabah dan mengikuti panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Saya ambil maklum keadaan banjir di Sarawak, kerajaan akan pantau dan pastikan bantuan sampai kepada mangsa. Semoga semua tabah dan mengikuti panduan pihak berkuasa,” katanya menerusi Twitternya pada Rabu. – Bernama