PETALING JAYA - Pemilik kereta yang menggunakan sistem tanpa kunci (keyless entry system) berisiko kehilangan kenderaan dengan adanya alat penggodam berfrekuensi di pasaran tempatan.
Alat berkenaan yang berharga sekitar RM50 boleh diperolehi melalui laman atas talian atau kedai eletronik.
Ia berupaya membuka pintu kereta dan menghidupkkan enjin dengan menggodam informasi pengecaman frekuensi radio (RFID).
Sumber berkata, alat berkenaan boleh membuka setiap kereta yang tidak menggunakan kunci.
Menurutnya lagi, pencuri kereta merekrut penggodam untuk memasang perisian berkaitan ke komputer peribadi dan diajar bagaimana untuk menggunakan alatan berkenaan.
"Beberapa penggodam tempatan telah dirisik untuk memberi perkhidmatan mereka kepada sindiket pencurian kereta," tambah sumber itu lagi.
Katanya, terdapat tiga cara untuk mencuri kod encryption bagi membuka kenderaan berkenaan.
"Alat tersebut haruslah dipasang di komputer sebelum ia berfungsi dengan perisian pemantauan frekuensi yang ringkas. Ia boleh dimuat turun secara percuma dari Internet.
"Seterusnya, perisian itu akan membaca frekuensi yang dipindahkan dari sistem kereta ke alat kawalan.Kaedah lain ialah dengan menyerang sistem kenderaan. Alat penggodam berfungsi menerusi signal yang ditiru dari alat kawalan.Proses berkenaan boleh dilakukan dalam masa beberapa minit sahaja, bergantung kepada kod data seseorang penggodam.
"Pencuri juga mencuri kod daripada alat kawalan kenderaan dengan menghantar signal radio kepada alat berkenaan.
"Ia menyebabkan sistem kereta akan berkomunukasi dengan kunci dan menghantar respon secara automatik.
"Pada waktu itu, pencuri kereta akan mengesan frekuensi yang dipindahkan dari kunci sebelum memadankannya dengan sistem pengunci kereta dan seterusnya membuka kereta tersebut serta menghidupkan enjinnya.
Kelab Automobil Allgemeiner Deutscher yang berpangkalan di Munich baru-baru ini berkata, 110 model kereta dari 27 jenama berbeza berisiko untuk dicuri gara-gara sistem tanpa kunci.
Menerusi uji kaji yang dilakukan kelab berkenaan melibatkan 19 juta ahlinya mendapati kereta yang menggunakan sistem berkenaan sangat mudah untuk dicuri.
Sumber: Mstar Online