KUALA LUMPUR - Kertas siasatan melibatkan video kontroversi yang dihasilkan penyanyi rap, Namewee, "Like A Dog" akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Ketua Polis Negara berkata, pihaknya akan memutuskan tindakan lanjut berasaskan saranan yang bakal dikemukakan nanti.
"Kami akan putuskan bentuk tindakan sebaik kertas siasatan diserahkan," katanya.
Namewee ditahan pada Selasa, 22 Februari lalu selepas tampil memberi keterangan di Bukit Aman dan ditahan reman empat hari.
Sumber: Mstar Online