Kolej Vokasional Langkawi Khususkan Pengajian Pelancongan


Sejajar  dengan kedudukannya di pulau yang terkenal dengan sektor pelancongan, Kolej Vokasional Langkawi akan mengkhususkan pengajian dalam bidang perkhidmatan yang berkaitan dengan sektor  pelancongan.


Antara kursus yang boleh ditawarkan ialah perkhidmatan, kulinari serta perhotelan yang amat diperlukan di Langkawi.


Menteri  Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pasaran kerja bagi lepasan kolej vokasional Langkawi itu dijamin memandangkan sektor pelancongan amat memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang berkenaan.  


Pada masa ini terdapat 100 pelajar yang mengambil jurusan kulinari dan perhotelan dan kolej memerlukan masa bagi menawarkan sepenuhnya kursus berkaitan di masa depan.  


Bercakap pada sidang media selepas merasmikan program jelajah pendidik Kementeria Pendidikan 2018 di Pulau Langkawi, Mahdzir juga memberitahu  dua buah sekolah lagi , masing sekolah menengah dan rendah akan dibina memandangkan bilangan pelajar di pulau berkenaan yang  semakin bertambah. - Kedahnews.com


Dalam perkembangan yang sama, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap turut merasmikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi semalam.


Kos projek pembinaan PPD Langkawi ini bernilai RM 6.2 juta dan telah pun beroperasi sejak tahun 2011. Sebelum ini PPD Langkawi ‘menumpang’ atas tanah Sekolah Kebangsaan Langkawi bermula tahun 1982.- kedahnews.com