Kucing Kesayangan Hilang, Fazura Tawar RM1,000


KUCING merupakan haiwan yang paling disukai oleh manusia dan golongan selebriti turut tidak terlepas untuk menjadikan haiwan kesayangan Nabi SAW itu sebagai peliharaan mereka.

Sejak penghujung Januari lalu, pelakon cantik Nur Fazura telah memuat naik satu posting menerusi akaun Instagramnya bagi memohon bantuan daripada pengikutnya mencari kucing peliharaannya yang hilang.


“Ini Jem, kucing mak saya. Dah lama ia hilang dan kali terkahir kami nampak di Parkville Sunway Damansara,” tulisnya pada ruangan caption.

Tambah isteri kepada Fattah Amin itu, haiwan berkenaan merupakan kucing kesayangan keluarganya dan ia turut hilang ketika berada di kediaman berkenaan.

Tujuan pelakon Ayat-Ayat Cinta 2 itu memuat naik di media sosial ialah kerana di kawasan tempat tinggal keluarganya itu tidak membenarkan penduduk untuk menampal apa-apa poster mahupun notis.


Bagaimanapun, ganjaran sedang menanti sesiapa sahaja yang menjumpai kucing bernama Jem itu.

Dia berjanji untuk memberikan jumlah wang sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang berkenaan ataupun mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kucing tersebut.

Jangan ingat cari orang sahaja ada ganjaran ya… Kucing hilang pun sanggup bersusah payah mencari kerana rasa sayang terhadap haiwan manja itu.

“Kami sangat sayang dan rindukan ia,” tambah Fazura lagi.


Mungkin bagi sesetengah orang ianya hanya seekor kucing dan menganggap jika ia hilang, tak perlu bersusah payah untuk mencari dan beli sahaja kucing yang baharu!

Namun, kalau beli yang baharu sekalipun, ianya pasti tidak akan sama dengan yang sebelum itu kerana pasti banyak kenangan yang mereka telah lalui bersama.

Jadi, kepada sesiapa yang ternampaak kucing comel itu di kawasan Damansara, cepat-cepat hubungi pelakon cantik itu. - Kedahnews.com