SEORANG penternak yang ditangkap sedang melakukan seks dengan seekor keldai telah dipaksa oleh pemilik binatang tersebut supaya berkahwin dengan keldai terbabit.
Pemilik keldai itu, telah membawa kes berkenaan kepada ketua puak di kampung Limpopo di Afrika Selatan.
Ia bukan kejadian pertama di mana lelaki itu ditangkap melakukan seks dengan keldai tersebut.
“Bila saya tangkap lelaki itu, dia minta maaf tetapi saya tidak berpuas hati kerana ini bukan kali pertama dia melakukan perbuatan terkutuk itu,’’ kata pemilik keldai terbabit.
Penternak berkenaan bagaimanapun enggan mengadap ketua puak dan disebabkan ketidakhadirannya itu, kes itu dipindahkan kepada pihak berkuasa puak Shigalo. - Kedahnews.com