Mahathir, Mukhriz Tak Kisah Jika PPBM Terkubur Asal Impian Mereka Tercapai


Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz tidak perduli atau ambil kisah jika  Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terkubur asalkan Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagi keduanya, yang penting ialah PH menang PRU14 agar cita-cita peribadi mereka untuk menjadi kenyataan atau tercapai.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, dalam keadaan terdesak untuk menang, Dr. Mahathir  sanggup melakukan apa sahaja demi cita-cita politik masing-masing.

"Oleh itu, tidak mustahil dua beranak itu akan bertanding menggunakan logo DAP untuk meraih undi kaum Cina dalam PRU14 setelah gagal mendapat sokongan pengundi Melayu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Azwan mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa kedua individu itu akan bertanding atas tiket DAP pada PRU14.

Khairul Awan bersetuju dengan kenyataan itu kerana kini timbul ketidakpuasan hati ramai pihak di dalam parti itu sendiri menyebabkan Dr Mahathir tidak lagi popular di dalam PPBM.

Dalam pada itu, Khairul Azwan mendakwa, situasi itu mewujudkan satu kerjasama sulit antara Dr Mahathir dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi membolehkan Pengerusi Pakatan Harapan itu berpayungkan logo DAP pada PRU akan datang.

“Saya amat yakin Dr Mahathir akan bertanding menggunakan logo DAP kerana terdesak.

“Kini semua pihak tahu bahawa Dr Mahathir merupakan seorang yang tidak lagi berpegang kepada apa-apa prinsip kerana dia sentiasa percaya matlamat menghalalkan cara sekalipun cara tersebut merupakan sebuah pengkhianatan kepada ahli dan PPBM sendiri,” tegasnya.

Jika Mahathir boleh meninggalkan UMNO yang dikatakan menjadi 'darah perjuangannya"dan kental sebagai jiwa Melayu,  tidak mustahil Mahathir akan menyertai parti yang paling dimusuhinya dulu. - Kedahnews.com