Malang Si Iqram! Duit Lesap, Rumah Dipecah Masuk, Kereta Pula Langgar Tembok


PETALING JAYA - Nasib malang menimpa pelakon kontroversi Iqram Dinzly apabila dia mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM10,000 apabila kediamannya di Damansara di sini dimasuki pencuri.

Iqram berkata, menerusi kejadian pada Rabu lalu itu dia kehilangan jam tangan dan beberapa barangan berharga serta komputer riba milik arwah bapanya.

"Alkisah cerita kelmarin mangga dikopak dan jam bernilai RM10,000, telefon bimbit Iphone 6 serta laptop arwah bapa telah dirompak.

"Walau apa pun, tak perlu memberontak, hanya syukuri ujian dan dugaan Allah," ujarnya.




Iqram berkongsi musibah menimpanya itu di Instagram baru miliknya.

Tidak lama selepas status berkenaan, Iqram memuat naik satu lagi kejadian buruk apabila kereta jenis Honda CRV miliknya rosak selepas terlanggar tembok.

Katanya, perkara itu berlaku kerana dia memandu dalam keadaan penat dan mengantuk.

"Apabila diri terlalu penat dan mengantuk maka terhentak di tembok dan isteriku (kereta) cedera terluka sebegini.

"Satu persatu ujian yang diberi dan semakin ku sedari. Sekiranya jadi maka jadilah ia, usah dipertikaikan lagi kerana semua ini suratan takdir," ujarnya.

Sumber: Mstar Online