Masa Depan Belia Lelaki Yang Perlu Dibimbangkan


KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Wahid Omar secara peribadi melahirkan kebimbangan tentang masa depan belia lelaki di negara ini berbanding memberi tumpuan kepada kepimpinan dalam kalangan wanita.

Malah, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu turut berpendapat golongan wanita bukan sahaja harus diberi peluang untuk menganggotai lembaga pengarah tetapi juga melibatkan jawatan di pelbagai peringkat dalam sesebuah organisasi.

“Sebenarnya, masa depan golongan belia lelaki yang harus kita bimbangkan dan bukannya hanya kepimpinan melibatkan golongan wanita.

“Ini kerana ada banyak isu dan perkara melibatkan belia lelaki yang perlu ditangani,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Peralihan Kepimpinan di Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online