Mengenali Identiti Bendera, Jata dan Lagu Rasmi Kedah


Mesti kebanyakan daripada kita tidak tahu lagi tentang identiti Kedah walaupun telah lama bermaustatin di negeri yang bertuah ini. Kami akan kongsikan serba sedikit info tentang Identiti Kedah. 


Bendera negeri Kedah memaparkan anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah manakala warna merah adalah warna tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.

Selain daripada itu, Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman. 


Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri iaitu beras. Anak bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan pemerintah. Perisai pula melambangkan kekuasaan. Allah Selamat Sultan merupakan lagu rasmi bagi negeri Kedah Darul Aman. 


Lagu kebesaran ini mula dimainkan secara rasmi pada tarikh 22 Mac 1937 (bersamaan dengan 9 Muharam 1356) setelah mendapat lulusan secara rasmi oleh kerajaan negeri. Sebelum tarikh tersebut, tidak ada lagu khas dimainkan di majlis-majlis rasmi selain daripada permainan nobat. Lirik lagu ini ditulis oleh Tuan Syed Abdullah Shahabuddin, seorang bekas Pegawai Tadbir Negeri. 

Lagunya pula disusun oleh J. A. Roeytenberg yang merupakan Ketua Pancaragam di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Liriknya yang ringkas tetapi padat antara lain mendoakan lanjutan usia Tuanku Sultan sebagai ketua agama terkandung di dalam empat baris dengan empat perkataan pada sebaris yang mempunyai rima akhir. Harap perkongsian ini dapat memberi serba sedikit info kepada semua. Adioss!!