Tidak ambil berat masalah yang dihadapi oleh akar umbi di peringkat kawasan antara punca pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikecam oleh ahlinya sendiri.
Selain itu ramai ahli termasuk pemimpin peringkat bahagian sebelum ini pula nekad untuk meninggalkan parti lebih awal.
Dalam hal ini Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak sewajarnya menyalahkan pihak lain termasuk mendakwa wujud 'tangan ghaib' telah mempergunakan kumpulan itu agar menentang pucuk pimpinan parti.
Jika pimpinan PPBM mengambil perhatian terhadap masalah di akar umbi, tidak mungkin timbul suara-suara sumbang daripada Armada dan ahli serta pemimpin bahagian di seluruh negara.
.
Mukhriz seharusnya sedar antara punca beliau diminta melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah ialah gagal memberi perhatian kepada bahagian hingga hilang kepercayaan dariopada ketua UMNO bahagian serta ADUN Barisan Nasional.
Kenapa perlu menuding jari kepada parti lawan sedangkan masalah yang berlaku itu berpunca di pihak pengurusan PPBM sendiri.
Semalam, Ahli Jawatankuasa (AJK) PPBM Bahagian Larut, Perak Baharum Mohd. Radzi pula mendakwa diabaikan oleh pemimpin atasan negeri tersebut sehingga tidak ada usaha untuk membantu ahli di peringkat awasan.
Beliau membidas Pengerusi Badan Pimpinan PPBM Negeri Perak, Ahmad Faizal Azumu yang gagal menjalankan tanggungjawabnya apabila tidak langsung mengambil berat tentang suara akar umbi dibawah selain tidak pernah turun padang meninjau merapati akar umbi.
“Sejak Ahmad Faizal dilantik menerajui kepemimpinan PPBM Perak, dia tidak pernah hadir ke Larut, kecuali sekali saja pada ceramah perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan pada September 2017.
“Beliau tidak pernah meninjau, apatah lagi berbincang untuk menyelesaikan masalah kami ketika ini terutama isu penyaluran dana,” beliau dipetik berkata dalam satu sidang media semalam.
Semalam Pengerusi Barisan Nasional , Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai parti yang semakin terumbang-ambing dibadai politik semasa.
Najib berkata, PPBM semakin bercelaru apabila mengadakan perhimpunan agung di peringkat nasional sedangkan tidak mengadakan sebarang mesyuarat di peringkat cawangan mahupun bahagian.
“BN tidak takut kepada sesiapa, takut apa parti siang malam hidup pun kita tidak tahu. Haru biru parti, parti bunga tenggelam timbul sebab mesyuarat cawangan dan bahagian pun tidak boleh buat.
“Alih-alih ada mesyuarat di peringkat pusat. Adakan AGM tiba-tiba sahaja. Kononnya nak ikut UMNO, tapi tidak boleh ikut,” katanya dalam ucapan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Teluk Kemang, Negeri Sembilan. - Kedahnews.com

