PENDANG - Seluruh rakyat di negeri Kedah diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan untuk hadir beramai-ramai ke Ekspo Muafakat Kedah bagi mendapat pelbagai manfaat daripada program istimewa yang julung-julung kali diadakan untuk mereka.
Exco Kerajaan Negeri, Dato' Suraya Yaacob berkata, ekspo terbesar yang bakal bermula pada 24 Februari ini akan memberikan lebih banyak informasi, peluang dan tawaran kepada orang Kedah, termasuk prospek pembangunan dan hala tuju negeri ini.
"Umumnya Ekspo Muafakat Kedah ini merangkumi 20 kluster yang mengandungi pelbagai sektor dalam negeri kita. Ratusan agensi dan jabatan yang akan terlibat. Boleh dikatakan mungkin ekspo yang terbesar pernah dianjurkan.
"Dari sudut sektor pertanian misalnya kita akan mempamerkan hasil produk-produk agro baru Kedah seperti durian, bijirin, tenusu, kelapa dan banyak lagi produk hiliran yang menarik.
"Dalam bidang keusahawanan pula kita tampilkan produk-produk tempatan terkini, termasuk yang berjaya menembusi pasaran luar negara. Bukan itu saja, kita akan anjurkan khidmat nasihat, bengkel dan sebagainya.
"Sebenarnya terlalu banyak untuk saya ceritakan tentang ekspo ini, rugilah kalau tak datang jengok," katanya kepada Kedahnews.com di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Suraya yang lebih mesra disapa sebagai "Kak Su" berkata, ekspo yang diadakan di Stadium Darul Aman itu juga akan menampilkan pelbagai acara seperti sesi temuduga kerja, peluang melanjutkan pelajaran, tawaran menarik untuk hartanah.
Malah katanya, ia juga bakal menganjurkan acara jualan murah barangan keperluan harian dan daging lembu dengan harga RM26 sekilogram di sepanjang berlangsungnya ekspo berkenaan.
"Kita anjurkan juga jualan barangan keperluan harian yang murah daripada harga pasaran. Daging lembu pun kita jual murah RM26 saja sekilo, tapi terpaksa dihadkan pembelian sekilo seorang supaya semua dapat merasa daging murah itu," ujar beliau.
"Untuk menjamu selera, kita tampilkan banyak usahawan 'food truck' yang popular dan sedap-sedap belaka dari seluruh negeri Kedah. Rugi kalau tak cuba rasa.
"Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menyeru kepada seluruh rakyat di negeri Kedah supaya hadir beramai-ramai ke Ekspo Muafakat Kedah ini dan rebutlah sebanyak mungkin peluang yang ada," katanya mengalu-alukan kehadiran orang Kedah ke ekspo berkenaan.
Antara bahagian atau kluster yang bakal mengambil bahagian di Ekspo Muafakat Kedah adalah Pameran DiRaja, Barakah Kedah, Suara Hati, Generasi Muda Pemimpin Negara, Kedah Harmoni, Eko Kedah, Kedah Islami, Bakat Kedah dan Kedah Aman.
Selain itu, ianya turut melibatkan kluster Rangkaian Kedah, Kedah Berdaya Huni, Digital Kedah, Kedah Holistic, Kewangan, Agro Kedah, Kedah Bizz, Warisan dan Pelancongan, Pameran Perkhidmatan, Pameran Daerah dan 'Petting Zoo'.
Ekspo berkenaan turut akan menampilkan ikon personaliti terkenal seperti Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dan tokoh usahawan serta selebriti popular seperti Fattah Amin, Fizo Omar, Rozita Che Wan dan Janna Nick.
Para pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti kereta, motorsikal, barangan elektrik, pakej penginapan hotel, pakej pelancongan, baucer hiasan rumah dan gajet.
Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam satu kenyataan mendedahkan kerajaan negeri juga bersetuju untuk menawarkan hadiah "luar biasa" untuk cabutan bertuah utama yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dianggarkan lebih 400,000 pengunjung dijangka akan membanjiri Ekspo Muafakat Kedah yang dianjurkan selama 7 hari bermula 24 Februari hingga 3 Mac.
Ekspo berkenaan turut dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, manakala majlis perasmian penutupnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Kedahnews.com