Ahmad Bashah berkerja keras meyatukan UMNO/BN ketika PRU ke-13 yang lalu |
KULIM - Rakyat di negeri Kedah diminta supaya serik daripada memberi peluang kepada calon-calon dari luar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Calon-calon luar yang disifatkan sebagai "payung terjun" itu bukan hanya tidak memahami keperluan dan aspirasi orang Kedah, malah turut gagal denyut nadi rakyat dan hanya bertemu rakyat ketika musim pilihan raya sahaja.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, keadaan tersebut telah merugikan rakyat di kawasan terbabit ekoran menjadi mangsa calon luar yang hanya membawa kepentingan politik peribadi sahaja dan mempergunakan masyarakat.
"Keadaan ini lebih buruk apabila wakil yang dipilih ini gagal merasai denyut nadi rakyat di kawasan mereka dan hanya muncul pada masa masa tertentu sahaja iaitu masa mula mula menang dan penghujung penggal," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 300 masyarakat Cina sempena program Jelajah Muafakat Rakyat di Kampung Baru Bagan Samak, Bandar Baharu dekat sini.
Menteri Besar itu berkata, calon luar Kedah gagal memahami kehendak rakyat selain tidak mampu memberi khidmat sebagai wakil parlimen arau wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana mempunyai komitmen di kawasan lain di luar negeri ini.
Menurut Ahmad Bashah, calon luar hanya datang ke negeri ini atas agenda peribadi dan parti dan tidak sama sekali meletakkan kepentingan rakyat sebagai teras perjuangan utama mereka.
Mengambil contoh di kawasan Parlimen Alor Setar, ahli parlimen pembangkang di kawasan berkenaan "lelap", hanya timbul di awal dan dipenghujung penggal dengan membawa berita berita sensasi yang tidak memberi faedah kepada rakyat.
"Kita rugi dari sudut peruntukan yang diberikan oleh Perdana Menteri melalui Kerajaan Pesekutuan kerana pimpinan di peringkat negeri tidak selari dengan pimpinan pusat.
"Sebenarnya bukan sedikit kerugian kita, tapi nilainya cecah RM6 juta setahun, jika ada peruntukan sebanyak ini macam macam kita boleh buat.....namun kita (BN) tidak lari dari kawasan berbeza dengan pembangkang," kata Adun Bakar Bata itu.
Ahmad Bashah pada PRU ke-13 mengepalai BN Kedah dan berjaya mengambil alih kembali kerajaan negeri daripada kerajaan Pakatan Rakyat, namun beliau tidak dilantik sebagai Menteri Besar oleh Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pengerusi BN Kedah ketika itu, Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang baru 4 bulan kembali ke Kedah berkempen pilihan raya sebaliknya telah dilantik sebagai Menteri Besar, difahamkan atas permintaan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Taat dan patuh kepada keputusan Presiden UMNO, Ahmad Bashah kemudiannya dilantik sebagai senator sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Ekoran Mukhriz gagal memahami budaya politik negeri yang memerlukan pemimpin lebih kerap turun ke kawasan mendekati orang kampung dan selalu berulang-alik menaiki pesawat ke ibu negara untuk bersama keluarganya yang menetap di sana menyebabkan majoriti Adun Kedah hilang kepercayaan kepadanya.
Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang ketika itu mengambil tindakan untuk menyiasat dan membuat keputusan mengesahkan majoriti Dewan Undangan Negeri telah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dan meminta beliau supaya meletak jawatan.
Walau bagaimanapun, Mukhriz dikatakan telah memanipulasi keadaan dengan menyalahkan kepimpinan UMNO, khususnya Ahmad Bashah yang sebelum ini memberi laluan kepadanya untuk menikmati kerusi empuk Menteri Besar. - Kedahnews.com