Pakatan Harapan Baru Buat Janji, BN Sudah Laksanakan


Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu menunaikan semua manifesto parti itu jika berjaya menjadi kerajaan kelak.

Justeru Pengerusi PH itu berkata parti tersebut terpaksa membuat pindaan terhadap semua manifestonya mengikut kemampuan mereka.

Setakat ini parti itu menyiapkan sebanyak 60 janjinya yang akan digunakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Jadi, kita sedang membuat pindaan-pindaan kepada manifesto supaya kita dapat laksanakan segala janji-janji kita.

“Kita sudah membuat 60 janji-janji dan kita harap kita akan dapat laksanakan walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat tetapi kita tentukan keupayaan kita untuk melaksanakan sesuatu kita sedar bahawa tindakan Datuk Seri Najib meletakkan kerajaan dalam keadaan kekurangan kewangan kerana kita perlu bayar hutang dan sebagainya.

“Kita akan membuat janji setakat yang kita mampu sahaja dan kita akan mengeluarkan manifesto ini tidak lama lagi,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Beliau dalam pada itu menjelaskan PH tidak akan terikat dengan mana-mana janji yang disuarakan oleh pemimpin parti itu atas kapasiti individu.

Sementara itu penganalisis politik, Dr .Kamarul Zaman Mohd Yusof yang turut memberi ulasan mengenai perkara itu berkata, mereka yang sentiasa mengamati dari dekat perkembangan politik semasa tanah air, tidak sukar untuk menelah siapakah pemimpin PH yang telah membuat janji  keterlaluan ini dan apakah janji keterlaluan yang telah pemimpin-pemimpin PH ini buat yang tidak dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir.

Kata Kamarul Zaman, salah seorang pemimpin tertinggi PH yang biasa membuat janji-janji keterlaluan ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Antara janji beliau untuk menghapuskan tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan di Jambatan Pertama Pulau Pinang jika PH berkuasa.

Nampaknya janji untuk menghapuskan tol ini sangat penting kepada  Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kerana ia telah berulangkali diumumkan oleh beliau kepada rakyat.(Rujukan: Portal berita Malay Mail Online pada 20 Oktober 2015 dan oleh akhbar rasmi DAP, Roket Kini, pada 16 Januari 2017).

Malangnya, kata Kamarul Zaman, Dr Mahathir, selaku 'Bapa Tol Malaysia', di dalam dalam satu sesi bual bicara mengenai dasar PH pada 10 Januari 2018 telah mempertahankan pengenaan tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan di Jambatan Pertama Pulau Pinang ini atas alasan kadarnya masih murah berbanding Jepun dan tol diperlukan untuk kos penyelengaraan.

"Bagi saya, kenyataanTun Dr Mahathir di dalam Sidang Media Majlis Presiden PH semalamn merupakan satu tamparan terbuka kepada pemimpin-pemimpin PH yang telah membuat janji-janji yang keterlaluan ini, khususnya Guan Eng dan pemimpin DAP.
Ia mencerminkan satu masalah besar yang dijangka berlaku jika PH berkuasa, iaitu pertembungan di antara Mahathirisme dan aspirasi pemimpin-pemimpin PH yang lain," kata Kamarui Zaman yang dipetik daripada  hari ini..

Namun ketika PH baru merangka janji menerusi manisfesto mereka, kerajaan Barisan Nasional telah pun melaksanakan janjinya walaupun sebelum itu pembangkang menyifatkannya 'janji kosong' kerajaan. -- kedahnews.com