Pakatan Harapan Belum Bersedia Hadapi PRU14 - Shahidan Kassim


Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dan disokong kuat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ini dilihat kepada kegagalan parti itu dalam membahagikan kerusi mencapaikan kata sepakat hingga saling serang menyerang antara  parti yang bergabung dengannya.

Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM tidak puas hati dengan agihan kerusi kepada mereka oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, iaitu dua parti yang lebih lama dan besar daripada dua parti baharu pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Mohamad Sabu.  

"Kegagalan  Pakatan Harapa di beberapa negeri khususnya Selangor membuktikan gabungan tersebut sebenarnya tidak bersedia menghadapi PRU14, " kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim.

 Menjurut beliau, jika pembahagian kerusi pun tidak boleh diselesaikan, bagaimana pula untuk menyusun barisan kabinet dan agihan lain serta mentadbir negara jika parti itu memeritah.

Shahidan yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  melihat Pakatan Harapan kini semakin ' kelam-kabut' dan ini akan menyukarkan mereka memikat hati rakyat menjelang PRU14.

 Kalau hendak perintah negara mestilah bertunggakkan perancangan dan persediaan yang kukuh bukan main tangkap muat sahaja,” katanya ketika ditemui di Perlis semalam.

Beliau mengulas kegagalan Pakatan Harapan diketuai DAP yang sehingga kini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung soal pengagihan kerusi DUN untuk bertanding dalam PRU-14.

Selain Selangor, beberapa negeri seperti Negeri Sembilan, Perlis dan berapa buah negeri lain juga mengalami masalah sama.

Tun Dr. Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan juga sebelum ini mengakui sukar untuk menyatukan parti pembangkang terutama dalam agihan kerusi antara parti. - Kedahnews.com.