Pakatan Harapan Sukar Untuk Bersatu Kerana 'Banyak Kepala' - PAS


PAS menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebuah gabungan empat parti pembangkang  yang mempunyai 'banyak kepala' dan sukar untuk bersatu walaupun telah memilih seorang' pemimpin utama'.   

Pengarah Institut Strategi PAS Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, oleh yang demikian PH tidak mempunyai ‘harapan’ lagi selepas dibelenggu banyak masalah dan gagal mencapai kata sepakat.

Kata beliau, dalam soal  soal agihan kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pun  parti itu tidak dapat selesaikannya secara muafakat atau mengambil kata putus secara sebulat suara.

"Pakatan Harapan ini parti kelam-kabut, mereka tidak boleh bersatu dengan satu kepala. Terdapat lima atau enam kepala dalam gabungan tersebut, " kata kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis dialog rakyat ‘Anda Tanya, PAS Jawab’di Bangunan Koperasi, Medan Syed Alwi, Kangar semalam.
Kata Dr. Khairuddin, keadaan yang berlaku dalam gabungan parti itu memperlihatkan mereka bukan lagi menjadi harapan kepada rakyat, tetapi tidak ada harapan sebenarnya. 

"Kestabilan negara dan kestabilan politik hanya akan tercapai melalui seorang ketua sahaja ,” kata Dr. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. 

Beliau merujuk perkara itu apabila berlaku pertelingkahan dalam merebut kerusi di Selangor dan beberapa negeri lain perti Negeri Sembilan, Kedah,  Perlis dan Pulau Pinang yang tidak berkesudahan hingga kini.

Namun demikian,  kata Dr. Khairuddin, walaupun berbeza dasar perjuangan, pemimpin PAS boleh masih boleh bekerjasama dengan kerajaan atau pemimpin UMNO dalam hal-hal tertentu terutama yang berkaitan agama Islam.

"Kita boleh bekerjasama dalam mempertahankan kesuciaan Masjid Al-Aqsa dan membela masyarakat Islam Rohingya yang ditindas dan diusir dari hampung halaman mereka, " kata beliau dalam majlis dialog berkenaan berkenaan.- Kedahnews.com