Pakatan Harapan Tolak Undang-Undang Sekat Berita Palsu Kerana Takut Kepada Kebenaran


Parti-parti pembangkang, khususnya Pakatan Harapan (PH) tidak berani memberikan fakta yang sebenar kepada rakyat mengenai dasar dan  keputusan yang dibuat kerajaan. 

Sebaliknya mereka lebih gemar menyebarkan berita palsu dan menggunakannya sebagai  talian hayat untuk meraih  sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Oleh itu tidaklah menghairankan jika mereka pihak pembangkang menentang cadangan kerajaan untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mereka lebih gemar menyebar fitnah dan pembohongan kerana ia boleh dijadikan 'senjata' utama mereka dalam meraih sokongan rakyat.

"Ini berbeza dengan laporan oleh akkhbar dan media arus perdana serta wartawan­ sebenar yang bertindak ­me­­­­­nyampaikan maklumat sahih tentang pemimpin mahu pun wakil pembangkang.

"Pembangkang sebutkan angka yang salah mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST), tol, Felda dan sebagainya dengan harapan untuk meraih undi rakyat.

Bagaimanapun ketika ini rakyat sudah bijak menilai termasuk berita-berita palsu yang disebarkan dalam media sosial seperti Facebook,” katanya.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata demikian pada sidang akhbar ketika menghadiri kenduri kesyukuran berikutan selesainya masalah air di kawasan terbabit di pekarangan Masjid ar-Rayyan, Felda Bukit Tembaga dekat Kuala Nerang, Kedah semalam. 

Beliau mengulas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Lim Kit Siang yang menolak cadangan penggubalan undang-undang itu menerusi beberapa kenyataan kepada portal berita propembangkang.

Mengulas lanjut Mahdzir menjelaskan, budaya penyebaran berita palsu yang disertakan dengan maki hamun dalam ceramah-ceramah  pembangkang ­ tidak selari dengan budaya Timur dan merosakkan keharmonian dalam kala­ngan masyarakat.

Beliau memberi contoh, pemimpin pembangkang seperti Mohd. Rafizi Ramli tidak kisah untuk bercakap mengenai fakta-fakta salah sehingga dihukum mahkamah.

" Kita di pihak kerajaan menyokong penuh penggubalan akta tersebut supaya perkara yang merosakkan negara seperti ini tidak lagi berleluasa,” kata­nya.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Pendidikan mengakui terdapat sejumlah besar guru disiplin di negara ini terdiri daripada guru wanita sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai kemampuan mereka menjalankan tugas dalam situasi yang kian mencabar.

“Perkara itu terjadi kerana jumlah kemasukan ke institut pendidikan guru (IPG) dan universiti tempatan dimonopoli penuntut wanita. Di IPG contohnya, pelatih wanita mencecah sehingga 70 peratus berbanding pelatih lelaki.

Bagaimanapun ujar beliau kementerian tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap kemampuan golongan wanita untuk memikul tanggungjawab mengenai  disiplin pelajar.

Beliau yakin kemampuan mereka untuk bekerjasama bersama polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). - Kedahnews.com