PAN Mahu Rampas Kubu PAS Di DUN Tokai


ALOR SETAR - Pakatan Harapan menerusi Parti Amanah Negara (PAN) akan meletakkan calonnya untuk menawan Dewan Undangan Negeri Tokai yang terletak dalam Parlimen Pendang.

Tokai atau dahulunya dikenali Bukit Raya, adalah kubu PAS di mana Allahyarham Datuk Fadzil Nor, preisden PAS memenangi kerusi itu buat kali pertama.dalam satu pilihan kecil.

Sejak itu Tokai tidak pernah ditawan semula  oleh Barisan Nasional.

Namun kini, PAN sedang melipatkan gandakan kempennya untuk menawan kubu PAS itu.

Pada taklimat tugasan pilihanraya kepada Ahli Jawatankuasa Pusat Operasi Pilihanraya (POP) Daerah Mengundi Bukit Raya Dalam, DUN Tokai, PAN mendakwa  bekas ahli dan penyokong PAS  berjanji untuk  memberi kerjasama membantu kemenangan Pakatan Harapan.

WalaupunTokai sebelum ini adalah antara kawasan kubu kuat PAS, namun setelah PAS ingin bersendirian ramai  tidak yakin dengan parti itu lagi.

Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, kerusi Tokai akan menjadi persaingan sengit antara PAS, BN dan Pakatan Harapan pada PRU14 ini.

PAN yang dikatakan mendapat kerusi yang sedikit bagi  Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Kedah pada PRU14 mungkin dapat membuktikan parti itu mampu menembusi kubu PAS di Kedah itu. -  Kedahhnews.com