ALOR SETAR - Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Faiz Fadzil, menempelak PAS sebagai sebuah parti yang lebih layak "duduk dalam hutan" kerana pendirian parti itu yang enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Malah kata anak lelaki kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Dato' Fadzil Noor itu, tidak ada sesiapa pun yang akan memberi undi kepada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
"Pakatan Harapan dalam satu pasukan. Kita kena berada dalam gabungan. Sejarah pilihan raya sudah memberikan kita bukti.
"UMNO hari ini memerintah pun atas tiket gabungan di bawah BN (Barisan Nasional). Begitu jugalah Pakatan Harapan yang berdiri di atas gabungan empat parti (PAN, PPBM, DAP dan PKR).
"Mana parti yang mahu duduk seorang diri, duduklah dalam hutan. Tiada siapa mahu beri undi pada kamu. Ini sudahlah mahu jadi penasihat, umum pula mahu bentuk dua Kabinet.
"Ingat, mahu buat kabinet dapur? Ini Kabinet kerajaan yang menjaga rakyat tidak kira Islam mahupun bukan Islam," katanya, menempelak parti yang pernah mengangkat bapanya sebagai Presiden, sebelum Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Bapa Faiz yang sebelum ini konsisten menentang kezaliman Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendoakan agar bekas Perdana Menteri itu dipanjangkan umur supaya beliau dapat melihat kerosakan yang telah dilakukannya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.
Walau bagaimanapun, Mahathir kini telah bersekongkol dengan musuh ketatnya, DAP dan PKR, serta membentuk sekutu bersama PAN di dalam gabungan parti yang membentuk Pakatan Harapan.
Berpegang kepada matlamat untuk mendapatkan kuasa, tokoh-tokoh politik itu sanggup mengenepikan prinsip dan permusuhan sebelum ini bagi memenuhi cita-cita meskipun terdapat percanggahan dasar politik yang begitu ketara. - Kedahnews.com