PAS Nekad Gempur Kubu Kuat PKR, Kuasai Permatang Pauh


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka menghadapi saingan cukup sengit dengan calon Barisan Nasional dan PAS di Parlimen Permatang Pauh pada Plilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Kerusi yang disandang oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kini menjadi panas  selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuktamadkan bahawa PAS sudah ada calon untuk bertanding di kawasan itu.

Abdul Hadi berkata walaupun kerusi tersebut dikenali sebagai kubu kuat PKR ketika ini, tidak mustahil untuk PAS kembali menguasai kawasan itu seperti yang pernah dilakukan pada pilihan raya unum 1978.

"Ketika itu, kita tewas di Kelantan...habis kerusi di Terengganu, namun, kita menang di Permatang Pauh. Rakyat Permatang Pauh pada masa itu telah memilih PAS " katanya ketika berucap sempena program 'Amanat Presiden PAS: PASs Tawan Permatang Pauh' di hadapan Masjid Jamek Kubang Semang di sini, malam tadi.

Selain kerusi parlimen Permatang Pauh, PAS juga dikatakan akan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

Wan Azizah memenanginya menerusi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh  pada Mei 2015 berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

PAS bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada pilihan raya tahun 1999. Anwar mewakili parlimen itu sejak 1982 atas tiket UMNO.

Pada 1999, Anwar tidak bertanding, namun isterinya, Wan Azizah memenangi kerusi parlimen itu hingga 2008, sebelum mengosongkannya pada 2009 untuk memberi peluang kepada suaminya kembali menjadi ahli parlimen kawasan itu.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof, berkata PAS sudah memuktamadkan calon yang akan bertanding di kerusi parlimen berkenaa..

PAS juga, katanya, sudah menyenarai pendek 20 nama untuk bertanding kerusi DUN Pulau Pinang pada pilihan raya umum kelak.

Ketika PAS sudah memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi di Pulau Pinang, Pakatan Harapan masih berahsia tentang agihan kerusi antara DAP, PKR, PAN dan PPBM.

Pakatan Pulau Pinang bimbang pengumumkan awal tentang kerusi negeri negeri akan menimbulkan konflik baharu seperti mana yang berlaku di Negeri Sembilan dan Selangor.

Sementara itu tamai yang ingin tahu berapa banyak PAN dan PPBM akan ditawarkan  kerusi DUN dan Parlimen oleh Pakatan Harapan di negeri pemerintahan  DAP itu - Kedahnews.com.