Pada sekitar tahun 1876 masihi Raja Maha Besar Benua Islam iaitu Sultan Nai Long Jaafar Madazam Syah merupakan pemerintah di Kedah.
Ketika itu baginda umpama DYMM Di Pertuan Agong. Dikhabarkan bahawa gajah-gajah mabuk telah memusnahkan harta benda rakyat lantas Raja Daerah Kota Kuala Muda mengundang baginda Sultan Jaafar melawat ke kawasan gajah mabuk itu.
Pada ketika itu Raja Daerah Kota Kuala Muda ialah Paduka Seri Sultan Abdul Hamid yang ketika itu umpama pegawai daerah sahaja.
Jemputan pun diterima, baginda Sultan Jaafar tiba tetapi yang menyambut baginda hanyalah lelaki sahaja dan tiada seorang pun perempuan serta budak-budak.
Maka orang-orang yang menyambut baginda itu telah menangkap Sultan Jaafar dan diikat kemas tangan dan kaki baginda lalu diserahkan kepada tentera Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun di Kampung Ruwat, Yan Kedah.
Tempat yang menyambut baginda itu dinamakan Bujang atau terjemahannya puak derhaka. Sultan Jaafar dibawa ke tempat yang sudah direncanakan pembunuhannya dan baginda telah ditikam dengan segala senjata yang tajam tanpa belas kasihan.
Namun, Allah yang maha ajaib mendatangkan perkara yang ajaib apabila kulit tubuh baginda tidak luka dimakan besi-besi tersebut sehingga membuatkan semua musuh hairan.
Musuh baginda tidak berputus asa, mereka telah membawa baginda ke belakang Balai Polis Gurun dan dihumban kepada gajah-gajah baginda yang telah diberi makan ubi ara sehingga mabuk. H
Habis patah tulang baginda dipijak sehingga lumat oleh kaki-kaki gajah baginda sendiri walaupun kulitnya tidak cedera. Di situlah baginda telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sungguh sadis kematian baginda. Dikatakan pembunuhan ini turut disaksikan oleh Thai, Inggeris dan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid. Terdapat juga filem di Thai yang melakonkan peristiwa yang seakan-akan sama dengan pembunuhan baginda iaitu Filem Bang Rajan.
Tekniknya dilihat seakan-akan sama. Wallahualam. Apa yang disampaikan seperti kejadian ‘tikam dan pijak’ itu benar-benar berlaku. Namun, adakah scene tersebut diambil dari kisah sebenar Bang Rajan atau diambil dari kisah Sultan Long Jaafar.
Peristiwa pembunuhan Sultan Long Jaafar yang dipijak gajah menjadi cerita warisan turun-temurun pihak Thai kerana ia adalah peristiwa besar dalam sejarah perang mereka tetapi dipadam pula oleh lipatan sejarah kita.
Walaubagaimanapun kisahnya, cubalah kita bayangkan jika seseorang Agong sebuah kerajaan Islam yang berdaulat berjaya diperadaya lalu diikat kaki tangannya, ditikam bertubi-tubi, dipijak lumat sehingga terbarai tali perut dengan gajah, ditertawakan oleh bangsa asing dan diperhatikan oleh pengkhianat-pengkhianat agama yang terdiri daripada sanak saudara baginda sendiri.
Apakah perasaan kita pada waktu itu dan dimanakah maruah umat islam keseluruhannya?