Penduduk Kedah Berasal Daripada Gergasi?


Adakah benar dikatakan bahawa penduduk Kedah berasal daripada Gergasi? Mari kita sama-sama kupaskan isu berkenan ini. Pelbagai versi sejarah kewujudan Kedah telah kita dengar daripada pelbagai pihak. 

Namun, kesahihan cerita tersebut belum tentu betul dan tidak semuanya salah. Salah satu cerita yang menjadi halwa telinga masyarakat Kedah adalah dikatakan dahulu negeri Kedah didiami oleh Gergasi. 

Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan sumber-sumber yang diperoleh daripada buku-buku Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. 

Menurut bukti-bukti yang terdapat di dalam buku tersebut dipercayai bahawa negeri Kedah telah dibuka pada 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Bukti-bukti ini dapat menguatkan lagi cerita bahawa penduduk-penduduk Kedah berasal daripada Gergasi. 


Para penyelidik juga sukar untuk menganggarkan tarikh tepat bagi kewujudan negeri Kedah kerana usianya sudah lama dan bahan buktinya sudah lama terkubur ditelan zaman. Menurut cerita raja pertama di negeri Kedah ialah Merong Mahawangsa. 

Raja ini dikatakan berasal daripada kayangan dan bersahabat baik dengan Raja Rom. Persahabatan tersebut telah menyebabkan Merong Mahawangsa sanggup menolong dan bekerjasama dengan Raja Rom dalam setiap keadaan. Putera Raja Rom akan dikahwinkan dengan Puteri China dan mendapat maklum balas yang baik daripada Merong Mahawangsa. 


Semasa dalam perjalanan menuju ke rumah Puteri China dengan diiringi Merong Mahawangsa, seekor burung Garuda telah menyerang mereka dan menyebabkan ramai anggota Merong Mahawangsa dan Raja Rom terkorban. Dikatakan burung Garuda telah bersumpah di depan Nabi Allah Sulaiman a.s untuk menggagalkan perkahwinan anak raja tersebut kerana mereka tidak sesuai hidup bersama. 

Keadaan haru biru berlaku ketika itu dan setelah itu masing-masing membawa diri. Merong Mahawangsa berusaha untuk menyelamatkan Putera Raja Rom tetapi gagal dan akhirnya beliau sampai di Pulau Serai Kedah. Pulau itu yang dipercayai adalah Gunung Jerai dikatakan didiami oleh gergasi dan Merong Mahawangsa telah dilantik menjadi raja kepada mereka. 


Bermula daripada keturunan Merong Mahawangsalah Kedah diperintah sehinggalah sampai waktu sekarang. 

Sebelum Kedah menerima Islam negeri diperintah oleh enam orang raja dimulai oleh Raja Merong Mahawangsa, Raja Ong Mahapudisat, Raja Seri Mahawangsa, Seri Maha Inderawangsa, Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiong), Raja Phra Ong Mahapodisat dan Raja Phra Ong Mahawangsa. 

Selepas itu Gunung Jerai menjadi tumpuan orang ramai disebabkan bentuknya yang sesuai dijadikan pedoman dan panduan pelayaran.