Penerima BR1M Kedah Teramai Di Kawasan Pembangkang


Rakyat di negeri  yang ditadbir oleh pakatan pembangkang adalah penerima tertinggi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)


Kerajaan memilih penerimanya bergantung kepada pendapatan bukan berdasarkan kepada sentimen kepartian, iaitu mereka yang menyokong atau menentang kerajaan.


Di Negeri Kedah umpamanya,   kawasan yang dikuasai pembangkang, jumlah penerima BR1M merupakan  lebih ramai daripada pengundi yang dikenalpasti menyokong Barisan Nasional (BN).


Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi blog www.najibrazak.com  berkata  BR1M yang diberikan kerajaan bermula hari ini dinikmati semua rakyat yang layak termasuk mereka dari negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.


Kata beliau, bantuan berkenaan bukan ‘gula gula’ kerajaan untuk membeli undi sebaliknya negeri-negeri yang ditadbir pembangkang adalah merupakan penerima tertinggi BR1M.


“Kalaulah, misalnya BR1M ini kerajaan laksanakan untuk beli undi, sepatutnya kita hanya bagi kepada puak-puak kita sahaja.


“Tetapi hakikatnya, semua yang layak dapat BR1M termasuk di negeri ditadbir pembangkang. ,” katanya beliau.


Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan akan mula menerima BR1M secara berperingkat.


BR1M bukan diilhamkan oleh Perdana Menteri  atau mana-mana ahli politik tetapi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mencadangkan kaedah subsidi bersasar kerana dilihat memberi manfaat kepada golongan benar-benar memerlukannya berbanding subsidi pukal yang mempunyai ba­nyak ketirisan.


Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, pembayaran bantuan yang diperkenalkan sejak 2012 itu dibuat secara tiga kali ansuran dengan peruntukan dianggarkan RM6.3 bilion. - Kedahnews.com