Penghulu Tentang Dasar Kerajaan PAS Akan Disingkir - Nik Mohd Amar


Kerajaan PAS Kelantan memberi ingatan untuk memecat penghulu termasuk yang menyokong Parti Amanah Negara  (PAN) jika didapati  bertindak bertentangan dengan dasar kerajaan.

Peringatan itu dibuat oleh  Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semasa berucap di Majlis Pelantikan Penghulu 2018 hari ini. 

Mohd Amar menegaskan pengehulu  dilantik perlu menjadi hulubalang untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan dan bukannya membuat onar untuk menjatuhkan parti.

Beliau menegaskan penghulu yang  tidak puas hati dengan kerajaan dan menyokong pihak lain seperti PAN perlulah meletak jawatan.

 "Kita bukan nak suruh 'bergocoh' tapi penghulu perlu mempertahankan kerajaan dengan apa cara sekalipun berbekalkan ilmu dan maklumat," katanya yang dipetik daripada Utusan.

 "Siapa 'beronar' maka siaplah, dalam sejarah saya memang terkenal sebagai tukang pecat orang, pecat orang-orang yang tidak boleh pakai kerja.

"Ini bukan amaran tapi kita perlu faham tujuan kita, jangan kita khianati amanah yang diberikan tetapi kita hendaklah bekerja memastikan dasar kerajaan berjaya, kata Nik Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS.

Seramai 821 penghulu termasuk penghulu wanita, bukan Islam dan Orang Asli mengangkat ikrar pada majlis itu. -Kedahnews.com