Nama mahsuri sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di Tanah Melayu. Sebut sahaja mengenai Mahsuri pasti semua akan teringat akan tragedi yang berlaku kepada Mahsuri. Cerita Mahsuri ini telah dikarang oleh Perdana Menteri kita iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Cerita mengenai Mahsuri sudah banyak difilemkan dan diceritakan dalam pelbagai versi. Kira-kira dua ratus tahun dahulu, terdapat sebuah keluarga miskin yang tinggal di Pulau Langkawi iaitu Pandak Maya dan Mek Andak Alang bersama anaknya Mek Yah. Pada suatu hari Pandak Maya sedang mencari seekor kerbau yang telah hilang dan tanpa diduga hujan turun dengan sangat lebat lalu Pandak Maya pergi berteduh di sebuah pondok.
Semasa berada di sana, beliau terdengar tangisan seorang kanak-kanak kecil tetapi tiada sesiapa pon hanya ada sekeping kerak nasi. Apabila beliau mengambil kerak nasi itu, tangisan pon berhenti namun selepas diletakkan ditempat asalnya tangisan itu kedengaran lagi. Maka Pandak Maya pon membawa pulang kerak nasi tersebut dan memberinya kepada Mek Andak Alang.
Isterinya berkata bahawa mengikut kepercayaan orang tua-tua tangisan kanak-kanak tersebut merupakan tangisan semangat buah padi. Disimpannya kerak nasi tersebut serta pada tiap-tiap kali memasak dia akan memasukkan kerak nasi tersebut ke dalam nasi mereka bertiga. Setelah beberapa bulan Mek Andak pun mengandung sekali lagi dan untuk menambahkan pendapatan mereka Pandak Maya masuk ke dalam hutan memungut damar.
Semasa sedang memungut damar beliau telah sampai ke sebuah gua. Di dalam gua itu Pandak Maya terlihat seperti cendawan yang melekat pada tepi gua tersebut lalu dibawa balik untuk dimasak. Semasa dalam perjalanan pulang beliau terserempak dengan Ah Pek dan menanyakan tentang cendawan itu.
Ah Pek tidak mengetahuinya dan akan bertanya kepada taukehnya. Apabila sudah dapat dipastikan apakah benda itu akhirnya mereka memberitahu bahawa itu bukanlah cendawan tetapi sarang burang yang boleh dimakan dan sangat mahal harganya. Maka Pandak Maya pon menjualnya dan hasilnya dibelikan barang-barang buat keluarganya.
Terdapat juga beberapa penduduk bertanya mengenai kekayaan Pandak Maya tetapi setiap kali Pandak Maya ingin menunjukkan gua tersebut pelbagai peristiwa yang aneh berlaku dan keadaan ini menyebabkan penduduk menganggap Pandak Maya sebagai penipu. Dalam masa yang sama tanaman yang ditanam oleh mereka hidup dengan subur dan binatang peliharaan membiak dengan baiknya.
Nama mereka sudah terkenal di seluruh Pulau langkawi. Suatu malam mereka suami isteri sedang berbual-bual dan pada ketika itu mereka terdengar bunyi ular cinta mani. Apabila Pandak Maya melihatnya dia telah menangkap ular tersebut dan mengikut kepercayaan sesiapa yang dapat melihat serta memakan ular tersebut akan hidup senang lenang.
Tidak berapa lama kemudiannya anaknya berjaya dilahirkan dan dinamakan sebagai Mahsuri. Apabila mahsuri berusia seminggu Pandak Maya telah bermimpi supaya memandikan anaknya di sebuah telaga berhampiran rumahnya. Pandak Maya terus malaksanakan apa yang telah dimimpinya.
Setelah selesai semuanya Pandak Maya masuk ke dalam hutan, dan telah ternampak setimbun batu lalu dibakarnya. Setelah dibakar baunya sangat harum, Pandak Maya mengambil beberapa ketul batu dan membawanya pulang lalu ditunjukkan kepada Ah Pek. Ah Pek mengatakan bahawa ianya ialah kemenyan dan harganya agak mahal.
Tempat yang Pandak Maya menjumpai Kemenyan itu dipanggil sebagai lubuk kemenyan sehingga hari ini. Masa berlalu dan Mahsuri pon membesar dengan baiknya. Mahsuri mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan budi pekerti yang sangat baik. Ramai penduduk yang memuji akan kecantikan dan keluhuran sikap Mahsuri sehingga ada yang ingin memperisterikannya walaupun tahu Mahsuri sudah berkahwin.
Namun, ada juga yang dengki dan sakit hati akan kecantikan Mahsuri. Maka berlakulah fitnah dan pengangkapan terhadap Mahsuri serta Mahsuri dibunuh. Ramai penduduk yang telah menyaksikan peristiwa tersebut dan sebelum meninggal Mahsuri telah bersumpah bahawa Pulau Langkawi akan ditimpa malapetaka selama tujuh keturunan.