Pilih Pemimpin Amanah Bukan Parti 'Amanah'


PAS terus menyindir parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) atau Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa melancarkan Gagasan Sejahtera  dan manifesto pilihan raya umum ke-14 di negeri Kedah malam tadi.


Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada majlis itu berkata, PAS mahu rakyat menyertai pilihan raya menunaikan amanah memilih pemimpin yang benar-benar amanah, bukan namanya sahaja 'Amanah.'


PAS selaku  selaku peneraju Gagasan Sejahtera  Sejahtera akan bertanding sekurang-kurangnya 130 kerusi pada PRU14 nanti bertujuan untuk memerintah negara atau setidaknya menjadi 'king maker', kata Hadi berucap di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut.


Di Kedah, Gagasan Sejahtera akan meletakkan calonnya di semua 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen.


Menurut beliau, Gagasan Sejahtera akan menunaikan amanah pemerintahan dengan betul dan mahu rakyat membuat pilihan yang benar pada PRU14 nanti.


Kata Hadi, PAS tidak akan mati (terkubur) sekalipun mengalami kekalahan, berbanding parti lain yang 'pupus' selepas tewas dalam pilihan raya.


Gagasan Sejahtera merangkumi gabungan PAS, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).


Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya, tiga gabungan parti - Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Gagasan Sejahtera dijangka bertanding di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan  pada PRU14.


Pelancaran Gagasan Sejahtera dan manifesto peringkat negeri Kedah itu memberi 'amaran awal' kepada Pakatan Harapan yang diketuai  DAP dan pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat 'belum bersedia' untuk menghadapi PRU akan datang.


Pakatan Harapan ketika ini masih berbalah dalam pembahagian kerusi sementara gabungan parti itu tergantung  pendaftarannya kerana Jabatan Pandaftaran Pertubuhan (RoS) masih menyiasat status mesyuarat agung tahunan PPBM selepas lebih 400 aduan diterima daripada ahlinya berhubung dakwaan melanggar perlembagaan parti. - Kedahnews.com