PKR, PAN Terpaksa Akur Dengan Keistimewaan PPBM Di Kedah


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) serta DAP terpaksa akur dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) setelah parti pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak di Negeri Kedah.


Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah memberitahu, agihan kerusi itu telah mendapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan (Harapan).


Timbalan Presiden Bersatu itu mengesahkan PPBM mendapat  jumlah kerusi DUN terbanyak utuk berbanding rakan pakatannya di Kedah.


“Biasalah ada agihan kerusi yang memihak kepada kita. Atas persetujuan bersama, jumlah kerusi terbanyak DUN Kedah diberikan kepada Bersatu,” kata bekas Menteri Kedah itu kepada Sinar semalam.

Beliau mendakwa  semua empat parti di Kedah berpuas hati  dengan rundingan 36 kerusi DUN yang dimuktamadkan walaupun perasaan tidak puas hati itu perkara biasa.


Perkara (agihan kerusi) itu tidak menmbulkan masalah kerana Pakatan Harapan masih mempunyai untuk redakan keadaan jika ada yang tidak puas hati, kata Mukhriz.


Sebelum ini, terdapat suara protes daripada PKR dan PAN berhubung agihan kerusi dengan PPBM yang didakwa 'berat sebelah' itu.


Berikutan itu hasarat PKR dan PAN untuk mengetuai kerajaan negeri Kedah jika Pakatan Harapan menang PRU14 kini hanya tinggal di atas kertas selepas PPBM 'membolot' kerusi DUN dan Parlimen di negeri ini yang turut menjadi sasaran utama PAS.


Berdasarkan jumlah kerusi yang ditandingi PPBM itu juga memperkuatkan lagi hujah bahawa Dr. Mahathir dan Mukhriz akan bertanding di Kedah pada PRU14. 


Dalam pada itu, Mukhriz mendakwa ada pihak lain atau 'tangan ghaib' yang mempengaruhi  ahli PPBM  di negeri ini  untuk bangkit mengkiritik pucuk pimpinan PPBM .


Beliau merujuk Ahli Pemuda PPBM di Merbok dan Jerai yang baru-baru ini mempertikakan cara pengurusan parti  itu dan turut meminta penjelasan pucuk pimpinan berhubung ' kekayaan luar biasa' Pengerusi PPBM dan keluarga yang dibangkitkan oleh parti lawan.


Sebelum ini beberapa pemimpin pusat dan bahagian termasuk Ketua Skrikandi bertindak meninggalkan PPBM i yang baharu setahun lebih ditubuhkan itu.   - Kedahnews.com


.