PPBM Dapat 'Sumbangan RM7 Bilion' Ganti Derma Daripada Orang Ramai


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerima 'kejutan' apabila Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berbesar hati ‘memberi sumbangan RM7.035 bilion’ bagi membiayai kerja-kerja politik parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sehubungan itu, Pengerusi PPBM Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta menutup tabung yang dilancarkannya  baru-baru ini kerana ‘sumbangan’ yang diberikan itu sudah punlebih daripada mencukupi.

“Saya sebagai rakyat Malaysia terpanggil untuk memberi sumbangan kepada parti Bunga (PPBM) ini dengan jumlah AS$1.8 bilion dan cek ini saya akan depositkan ke akaun parti itu. Ini adalah cek peribadi saya, " kata Jamal.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia meminta Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak lagi  meminta derma daripada rakyat Malaysia selepas ini.

Jamal menyatakan perkara itu selepas menunjukkan salinan 'mock cheque' pada sidang media di pekarangan Bank CIMB, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Menurt Jamal, cek berkeanaan  sah sehingga tahun 2022 sebagaimana tempoh 22 tahun Pengerusi PPBM itu memerintah negara sebagai Perdana Menteri.

“Ini adalah juga hasil perkongsian perniagaan saya dengan Tun Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah terdahulu. Saya harap selepas ini PPBM tutup sahaja akaun itu, tidak perlu susahkan rakyat negara ini untuk memberikan sumbangan lagi,” ujarnya.

Dr. Mahathir sebelum ini dibidas selepas rakaman video klip Mahathir berdurasi 2 minit 45 saat dimuat naik di laman sosial Youtube merayu kepada orang ramai memberi sumbangan kepada PPBM untuk melancarkan jentera politik pimpinannya itu.

Selain Mahathir, wajah Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut terpampang dalam rakaman video itu merayu agar orang ramai membantu PPBM yang lebih setahun ditubuhkan.

Di samping itu Jamal mendakwa tindakan Dr. Mahathir melancarkan tabung PPBM itu hanya mahu mengaburi mata rakyat terhadap kegiatan ‘penyeludupan’ dana RM7.035 dari luar negara tanpa melalui Bank Negara Malaysia (BNM).

“Tun Mahathir sedang bersandiwara dengan rakyat Malaysia di mana beliau telah membawa masuk sejumlah AS$1.8 bilion ke dalam negara kita ini untuk menghadapi PRU14 akan datang,” dakwanya lagi.

Beliau percaya dana sebesar itu akan digunakan Mahathir untuk ‘membeli’ wakil-wakil rakyat yang menang pada PRU14 bagi mencapai cita-cita membentuk Kerajaan Persekutuan dan dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Apabila kegiatan mereka membawa masuk duit tanpa melalui BNM terdedah, Dr. Mahathir akan menjawab duit itu adalah sumbangan daripada orang ramai," kata Jamal.

Dana berkenaan juga digunakan untuk membayar parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan Mahathir dilantik sebagai pengerusi pakatan pembangkang itu," dakwanya lagi.

Beliau dimaklumkan sebanyak RM1 bilion dibayar oleh Dr. Mahathir untuk mendapat jawatan beliau sekarang ini dan RM700 juta dibayar kepada PKR dan Mohamad Sabu sendiri.

Dalam pada itu Jamal berkata beliau mempunyai bukti tentang perkara itu dan bersedia disaman oleh Dr. Mahathir jika dakwaan itu tidak benar. - Kedahnews.com