PPBM Perak Semakin Pincang, 50 Ahli PPBM Larut Keluar Parti


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Perak semakin teruk menghadapi tekanan apabila  seramai 50 ahli parti itu daripada  bahagian Larut meninggalkan parti itu  semalam dan mengambil keputusan  menyertai UMNO kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti itu..

Kesemua ahli PPBM itu menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd. Shohor dengan disaksikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bekas Penaja dan Setiausaha PPBM Larut, Shafie Mohd. Khairy berkata, tindakan itu diambil kerana tidak lagi menyakini perjuangan parti tersebut dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya kaum Melayu.

Katanya, ini kerana parti tersebut hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu di dalam parti.

“Kami juga tidak lagi mempercayai kepimpinan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu yang mana pelantikannya dibuat kerana pengaruh DAP.

“Kami tidak mahu bersama parti yang menyokong DAP dimana jika pakatan memerintah negeri ini maka boneka Menteri Besar adalah daripada parti DAP,” katanya dalam sidang akhbar khas di Selama.

PPBM juga kini sedang menghadapi masalah besar apabila bekas pemimpin dan ahli parti membuat aduan membantah tentang kesahihan mesyuarat agung pertama parti itu sementara bebeberapa negeri sedang berebut kerusi dengan sekutunya PKR, DAP dan PAN menjelang pilihan raya umum ke-14

Sementara itu, Hamzah berkata ada lagi kumpulan daripada PPBM yang akan menyertai UMNO dan beliau menerima mereka dengan hati yang terbuka.

"UMNO secara terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti. Mereka (anggota PPBM) keluar parti bukan kerana apa-apa tetapi mereka melihat sikap perjuangan UMNO iaitu parti keramat yang benar-benar bantu rakyat dan membangunkan negara," katanya.

Hamzah berkata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya mahu memperjuangkan nasib bangsa dan agama di negara ini, sebenarnya bercita-cita untuk menentukan masa depan anak-anak dan kroninya.- Kedahnews.com
.