SEORANG remaja yang merupakan pelajar cemerlang di China, telah ditikam hingga mati oleh rakan sekelasnya selepas dia enggan membantu membuat kerja rumah.
Mangsa, Xiao Yi, 15, ditikam di bahagian leher dengan pisau di sekolah menengah Jinshi di Fujian, China.
Rakan sekelasnya merupakan seorang remaja lelaki dikenali sebagai Yan.Sebelum kejadian, dia telah ke pasar untuk membeli pisau dan ketika waktu rehat, Yau telah menyerang Xiao Yi.
Menurut Haixia Metropolitan, Xiao Yi meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital sementara Yan pula telah ditangkap polis.
Xiao Li merupakan pelajar elit di dalam kelasnya dan dia bertungkus lumus belajar bagi menghadapi peperiksaan pada hujung bulan ini
Dalam pada itu, ibunya, Lin berkata, Yan duduk di depan meja anaknya di dalam kelas.
“Saya diberitahu bahawa Yan meminta anak perempuan saya membuat kerja sekolah untuknya dan Xiao Li memberitahu dia sendiri masih belum menyiapkan kerja rumahnya.
“Seorang wanita memberitahu bahawa dia melihat Yan membeli pisau itu di pasar,’’ katanya.
Yan dikatakan pembuli dan tidak cemerlang di sekolah. - Kedahnews.com