Rozita Che Wan Jelas Punca Berniqab Ketika Umrah


PELAKON cantik, Rozita Che Wan menerima kritikan hebat netizen yang mempersoalkan niatnya memakai purdah ketika berada di Tanah Suci.

Pelakon berusia 45 tahun yang mesra disapa dengan panggilan Che Ta itu berkata, beliau mempunyai sebab tersendiri yang mendorong dirinya untuk menyarungkan niqab ketika mengerjakan ibadah umrah, baru-baru ini.

“Ramai tanya saya kenapa pakai niqab semasa di Makkah sahaja dan apabila sampai di Kuala Lumpur dah tak pakai? Pada hal menutup muka ini tak wajib pun.

“Sebenarnya, ada sebab saya berniqab di sana. Sebagai selebriti tak nak terganggu ibadah kerana orang kenal. Selain itu, boleh halang daripada orang batuk atau bersin depan muka.

“Maklumlah, ramai orang dekat sana, beratus ribu jumlah jemaah. Sekurang-kurangnya dapat elakkan penyakit dan kurangkan risiko jangkitan,” katanya seperti dipetik mStar Online, semalam.

Katanya lagi, meskipun beliau mengenakan niqab namun masih ada peminat yang menyedari akan kehadirannya semasa berada di sana.

Pada masa sama, Che ta turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya sombong dan mengelakkan diri untuk bergambar ketika sedang mengerjakan ibadah Umrah.

“Walaupun berniqab, ada juga peminat yang perasaan kewujudan saya sebab berjalan bersebelahan dengan Zain Saidin. Jadi, daripada situ orang tahu perempuan sebelah Zain ialah Che Ta.

“Kalau dalam masjid saya buka niqab dan ada pula orang kata saya sombong sebab tak nak bergambar. Hakikatnya, saya ada letakkan had masa 30 minit untuk bergambar,” katanya.

Sementara itu, Che juga turut mengakui bahawa dirinya amat merindui anak-anak terutama anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana yang terpaksa ditinggalkan di Malaysia.

“Ini kali pertama Aaisyah ditinggalkan selama 12 hari. Kami telefon pun dia tak nak cakap, merajuk. Sekejap lagi sampai rumah kena pujuklah.

“Bila berada di Makkah memang rindu sangat dekat anak-anak sampaikan tengok anak kucing pun kita teringat anak-anak kita. Insya-Allah satu hari nanti nak pergi lagi bersama keluarga,” ujar Che Ta. - Kedahnews.com