MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat nyanyian ibunya Rohana Jalil diwarisi anak gadisnya Kilafairy.
Selebriti berusia 25 tahun ini nampaknya memanjangkan lagi langkahnya dalam dunia seni apabila merakam sebuah single berbahasa Inggeris Put The Word In bersama DJ Aku Ash dan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston.
Sejak dimuat naik di Youtube 16 Februari, video muzik ini telah terima hampir 200,000 jumlah tontonan.
Reaksi netizen tidak kurang hebatnya. Ada yang menyamakan Kilafairy dengan penghibur seksi Amerika Syarikat Nicky Minaj. Tidak kurang yang mengecam antaranya banyak sangat autotune, macam mana nak nyanyi secara langsung.
Klip video ini turut menampilkan beberapa lagi selebiriti tempatan termasuk Izara Aishah, Altimet dan Joe Flizzow.
Sumber: Awani