Seorang Dalam Setiap Rumah Harus Punya Pengetahuan CPR


KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya seorang dalam setiap rumah harus mempunyai pengetahun dalam "Cardio Pulmanary Resuscitation" (CPR)  untuk menyelamatkan nyawa terutama orang tersayang semasa kecemasan.

Pengerusi merangkap Komander St. John Ambulance Sarawak, Datuk Seri Ang Lai Soon berkata, memupuk pengetahuan, minat serta kesedaran umum dalam menyelamatkan nyawa adalah kebaikan bersama dan setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan penting sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

"Mempunyai pengetahuan CPR untuk menyelamatkan nyawa seseorang, yang mungkin orang yang tersayang, patut dipertimbangkan.

"CPR, yang merupakan sebahagian daripada pertolongan cemas adalah tanggungjawab individu dan kolektif untuk kita capai di seluruh negara," kata beliau dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina semalam.

Ang berkata, cadangannya supaya pengajaran CPR menjadi subjek wajib di institusi pengajian tempatan telah diterima baik oleh kerajaan persekutuan dan negeri. - Bernama