APABILA seseorang memilih untuk membuang anda daripada kehidupannya, ia bukanlah satu perkara yang menyenangkan, walaupun ia hanya dibuat di media sosial.
Sebab itulah kita semua patut tahu siapa sebenarnya dalam diam yang tidak selesa dengan kita dan menyingkirkan kita dari Facebook mereka.
Kadang-kadang seseorang itu menyekat kita di Facebooknya untuk satu alasan yang baik, dan jelas sekali kita perlu menghormati keputusannya.
Tetapi itu tidak bermakna anda tidak mahu tahu siapakah mereka ini.
Pertama sekali yang boleh anda buat, pergi ke bar carian Facebook dan carilah nama orang yang disyaki menyekat anda.
Jika anda tidak dapat mencarinya, ia mempunyai dua kemungkinan, sama ada anda telah disekat atau dia telah memadam akaunnya.
Apabila seseorang menyekat anda di Facebook, anda tidak dapat melihat profil mereka, menghantar mesej, komen atau permintaan untuk berkawan.
Langkah kedua pula tidak sesukar mana.
Jika anda pernah berbual dengan mereka, cuba lihat semula kotak mesej anda. Jika namanya hitam, berhuruf tebal dan anda tidak boleh mengkliknya, mereka mungkin masih pengguna aktif tetapi telah menyekat anda.
Aduh!
Masih tidak percaya seseorang tergamak untuk membuang anda dari kehidupan maya mereka? Yakin bahawa mereka sebenarnya hanya telah memadamkan profil?
Langkah ketiga melibatkan perbualan dengan seseorang dalam kehidupan sebenar.
Hanya tanya kepada seorang rakan bersama (mutual friend) sama ada mereka masih mempunyai akses kepada individu yang disyaki untuk mengesahkan dan menjawab persoalan anda yang tidak terjawab selama ini.
Sumber: Indy100/ Mstar Online