Singapura Naikkan Kadar GST Dari 7% ke 9%


SINGAPURA – Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan dari tujuh kepada sembilan peratus dalam tempoh tujuh tahun akan datang, lapor portal berita berbahasa Melayu republik itu, Berita Harian.

Langkah tersebut mengambil kira peningkatan perbelanjaan pemerintah dalam penjagaan kesihatan, infrastruktur dan keselamatan, yang dijangkakan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Menurut Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam pembentangan Belanjawan Singapura 2018 hari ini, kenaikan itu akan dikuatkuasakan antara tahun 2021 dan 2025.

Heng berkata bahawa langkah tersebut perlu kerana “setelah mempertimbangkan pilihan yang lain untuk menguruskan perbelanjaan pada masa akan datang dengan berjimat dan meminjam untuk infrastruktur, jurang masih didapati.”

Ini merupakan kali kedua kadar GST dinaikkan.

Pada tahun 2007, kadar cukai dinaikkan daripada lima peratus ke tujuh peratus dan diumumkan oleh bekas Menteri Kewangan ketika itu, Lee Hsien Long semasa pembentangan Belanjawan pada 15 Februari 2007. - Kedahnews.com