PADA satu ketika dalam kehidupan kita, pasti akan wujud perasaan sunyi dan sepi. Ia adalah satu masalah serius yang perlu diberi perhatian.
Bahkan, di United Kingdom, negara itu sendiri mempunyai menteri yang ditugaskan untuk menangani isu ini.
Topik ini penting kerana antara lain ia menyebabkan banyak penderitaan terhadap individu yang menghadapinya selain mitos-mitos mengenainya.
Ini LIMA mitos yang biasa diperkatakan:
1) Kesunyian adalah pengasingan
Merasa sunyi tidak sama dengan bersendiri. Kesunyian adalah perasaan yang kosong. Individu tersebut merasakan tiada orang yang peduli dan faham seperti apa yang dikehendaki.
Pengasingan adalah faktor. Anda boleh merasa sunyi di tengah orang ramai, sama seperti anda merasai bahagia.
2) Wabak kesepian
Kesepian kini tidak dinafikan mendapat profil yang tinggi, namun itu tidak bermakna bahawa peratusan lebih tinggi orang akan merasa sepi berbanding beberapa tahun lalu.
Merujuk kajian yang dibuat Christina Victor dari Brunel University pada 1948, orang tua yang mengalami kesepian kronik kekal stabil selama 70 tahun, dengan 6 hingga 13 peratus mengatakan mereka berasa sepi hampir setiap masa.
Bagaimanapun, adalah benar jumlah orang yang mengalami kesepian semakin meningkat. Oleh itu, tidak ada keraguan bahawa kesepian menyebabkan banyak kesedihan.
3) Kesepian itu tidak baik
Merasa sunyi itu menyakitkan. Namun, berita baiknya adalah, ia biasanya hanya sementara dan tidak boleh dilihat negatif sepenuhnya.
Sebaliknya, ia boleh memberi isyarat kepada kita untuk mencari rakan baru atau untuk mencari cara memperbaiki hubungan sedia ada.
4) Kesepian membawa kepada kesihatan yang tidak baik
Ini sedikit rumit. Kita sering melihat statistik yang menunjukkkan kesunyian boleh memberi impak kepada kesihatan kita.
Hasil penyelidikan mendapati bahawa ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar dan orang yang kesepian mempunyai tekanan darah yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih rendah.
5) Majoriti warga emas kesepian
Kesepian sering dikaitkan dengan meraka yang lanjut usia berbanding orang dewasa, namun dalam pemerhatian yang dilakukan Pamela Qualter dari University of Manchester, kesepian dalam hidup juga berlaku pada remaja.
Kajian juga menunjukkan 50 hingga 60 peratus warga emas tidak selalunya kesepian. Masih banyak lagi yang kita tidak tahu mengenai kesepian ini.
Sumber: Astro Awani