GEMAS - Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan masih belum menerima sebarang aduan berhubung imej seekor buaya yang dikatakan dilihat di sungai Kampung Pasir Besar, di sini, semalam.
Video yang berdurasi selama 40 saat itu mula dimuatnaik ke Facebook lewat malam tadi dan sehingga kini telah dilihat lebih 4,800 kali.
Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun, setakat ini pihaknya masih belum menerima aduan berkenaan kes itu.
Viral berkenaan turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati untuk turun ke sungai berkenaan.
Sumber: Sinar Online