Video Pelajar Dibuli Berlaku Di Singapura


PETALING JAYA - Video yang tular mengenai seorang pelajar yang dibuli di dalam kelas tidak berlaku di Malaysia.

Kementerian Pendidikan berkata, kejadian itu berlaku di Singapura pada 9 Februari lalu.

Menurut kementerian itu, timbalan menterinya, Datuk Chong Sin Woon mengambil serius berhubung isu buli.

Beliau berkata, tindakan segera diambil untuk menyiasat insiden berkenaan sebaik ia tular.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan.

"Ia berlaku di Sekolah Menengah Westwood di Singapura.

"Jangan sebarkan video ini dan dakwa ia berlaku di Malaysia.

"Sebelum menyebarkannya, sebaik-baiknya mendapatkan kesahihannya bagi mengelakkan kekeliruan dan maklumat yang salah," tambahnya.

Akhbar Singapura, The Straits Times pada 18 Februari lalu melaporkan rakaman aksi sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Westwood dirakamkan menumbuk, menendang dan mencampakkan kerusi kepada seorang rakan sekelas.

Mangsa yang tidak bertindak balas dilihat dipukul di kepada, dipijak dan dibaling dengan kerusi tanpa belas kasihan.

Video rakaman itu dimuat naik di halaman Facebook Fabrications About Singapore pada 15 Februari lalu.

          

Sumber: Mstar Online