Viral Video Goyang Gerudi Di Majlis Anjuran PPBM


KUALA LUMPUR – Satu rakaman video aksi goyang gerudi seorang wanita yang berlaku di majlis anjuran sebuah parti politik di Masai, Johor viral di media sosial sejak semalam.

Memetik status di laman blog THE DEVOURED SAVIOUR, aksi tersebut berlaku di Masai, Johor sempena majlis hiburan karaoke anjuran PPBM cawangan Masai Utama.

“Semalam (18 Februari 2018), antara jam 2:30 petang sehingga 10:00 malam, bertempat di bawah Blok B, Jalan Masai Utama 2, Taman Masai Utama 2, Masai, Johor, satu program untuk meraikan para penyokong telah diadakan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

“Program Jom Karaoke Suka-Suka telah dihadiri seramai lebih kurang 40 orang pemimpin dan ahli-ahli PPBM Bahagian Pasir Gudang serta penduduk setempat,” kata penulis blog.

Antara yang hadir di majlis itu termasuklah Zamrin Hamzah yang merupakan Setiausaha PPBM Bahagian Pasir Gudang merangkap Ketua PPBM Cawangan Seri Alam dan Norzri Mokhtar yang merupakan Setiausaha Kerja PPBM Bahagian Pasir Gudang.

Menurut blog itu lagi, program tersebut bertujuan merapatkan hubungan parti itu dengan penduduk setempat.

“Difahamkan, program tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan antara PPBM dengan penduduk setempat, sekaligus dapat meraih sokongan dan memberi peluang kepada PPBM untuk berkomunikasi secara terus dengan penduduk setempat,” jelasnya lagi.

Sementara itu, laman facebook TV14 secara sinis menyifatkan acara goyang gerudi itu mungkin akan diraikan di Johor jika PPBM dan pakatan berjaya menguasai negeri berkenaan.

“Goyang Gerudi Anjuran PPBM di Masai, Johor… Kalau mereka menang nanti tak mustahil ada perayaan goyang gerudi seluruh Johor nih… Apa khabar penyokong #PPBM?,” tertera status sinis tersebut.

Netizen turut memberikan pelbagai reaksi pro kontra berhubung video berkenaan.

“Kita tau dah kena undi PPBM kali ini. memang terbaik daripada 1MDB haram,” ulas seorang netizen, Kevin Teo Hui Wei di ruangan komen Facebook TV14.

“Comel betul bendera kat tiang tu.. bendera ape ye.. hahaha,” komen Ahmad Mustaqim Ibon merujuk kepada bendera PPBM yang terpampang di sekitar majlis tersebut. 

Sumber – SuaraTV