10 Tanda Badan Anda Kekurangan Air


CUACA panas sekarang ini memerlukan kita minum lebih banyak air. Tetapi kehilangan air dari tubuh disebabkan banyak faktor seperti berpeluh dan sebagainya menyebabkan kehilangan air tanpa disedari.

Simptom-simptom ini ialah isyarat tubuh meminta anda minum lebih banyak air.

1. Sakit kepala

Sakit kepala ini berpunca daripada reaksi otak yang sensitif terhadap satu reaksi kimia dalam badan bila tahap hidrasi merosot. Minumlah air dan boleh ambil ubat jika diperlukan untuk mengawal sakit kepala.

2. Sembelit

Najis sukar ditolak keluar kerana kekurangan air bermakna keadaan lebih kering dan sukar untuk najis meluncur. Kurang air bermakna sistem pencernaan tidak efisyen, menyebabkan sembelit berlaku. Kandungan air lebih banyak dalam usus akan membantu mengatasi masalah ini.

3. Pening

Tidak cukup air boleh menyumbang kepada peningkatan degupan jantung atau perubahan mendadak tekanan darah, yang boleh menyebabkan rasa kepala berpusing. Tambahkan pengambilan air bila keadaan ini berlaku.

4. Mulut berbau

Air liur mengandungi bahan antibakteria yang membantu melawan bau. Kekurangan air bermakna kurang air liur dihasilkan, lalu bakteria boleh membiak lebih banyak. Minum air bukan sahaja boleh mengatasi masalah ini, tetapi juga memberi rasa selesa pada mulut.

5. Rasa lapar

Kita biasa menggabungkan lapar dengan dahaga, dan satu taktik biasa mengurangkan berat badan ialah minum air untuk mengurangkan rasa lapar antara waktu makan. Rasa hendak makan makanan berair seperti buah-buahan ialah satu cara tubuh menyampaikan isyarat kekurangan air.

6. Kencing berwarna gelap

Warna kecing sebenarnya ialah petunjuk kesihatan keseluruhan tubuh. Warna kencing yang cerah ialah tanda yang baik, menunjukkan anda telah minum air dalam jumlah yang cukup. Warna kencing pekat pula menunjukkan dehidrasi. Minumlah air sehingga air kecing berwarna cerah.

7. Kulit kendur

Kulit yang muda dan sihat lebih tegang dan anjal. Kekurangan air boleh menyebabkan kulit kurang anjal lalu lebih mudah terjejas oleh persekitaran. Minumlah air yang cukup supaya tidak kelihatan lebih tua akibat kulit yang tidak sihat.

8. Kejang otot

Kekejangan otot ialah satu tanda yang anda perlu minum lebih banyak air. Sekiranya anda aktif bersenam dan bersukan, kejang otot mungkin tanda dehidrasi dan juga kekurangan elektrolit. Pastikan minum lebih banyak air dari biasa bila bersenam dan bersukan.

9. Mulut kering

Kulit sekitar mulut dan bibir ialah petunjuk yang baik untuk memberitahu sama ada anda mengalami dehidrasi. Satu tanda dehidrasi ialah mulut kering dan lidah yang sedikit membengkak. Ini ialah tanda mudah supaya segera minum air.

10. Kurang tidur

Rasa cepat penat mungkin disebabkan kekurangan air yang menjadi punca tekanan darah tidak dikawal dengan sempurna. Kekurangan air juga menyebabkan jumlah darah yang kurang sehingga mengurangkan juga kadar oksigen. – Kedahnews.com