5 Kebaikan & Keburukan Kahwin Lelaki Tua!


JARAK usia 35 tahun antara Dato’ Jamal Abdillah,60, dan isteri yang baru dinikahinya setahun yang lalu, Datin Zai Izzati Khairuddin,25, tidak menjadi penghalang kasih antara mereka.

Dan tidak hairanlah mengapa.

Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan. Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita.Apatah lagi kebanyakan golongan lelaki berusia ini nampaknya kedudukan ekonomi, kesihatan dan sosialnya lebih kukuh dan stabil. Jadi, lelaki muda di luar sana jangan cepat melatah tentang isu ini. Anda mungkin boleh menimba ‘pengalaman’ berharga itu daripada lelaki-lelaki berusia di luar sana sebagai bekalan anda nanti.

Namun, setiap perkara pasti ada kontranya. Seperti pasangan lain, perkahwinan itu tetap mempunyai beberapa keburukan minor yang secara automatik hadir sekali dalam ‘pakej’ perkahwinan dengan lelaki lebih berusia.

5 Kelebihan Suami Lebih Berusia

1. Lebih matang

Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki  yang penyabar dan rasional membuat sesuatu keputusan. Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga  akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.

2. Lebih berjaya

Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan kerana faktor material. Lelaki yang berusia ini jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin masa hadapan serta stabil kewangannya.

3. Hebat di ranjang

Wanita muda berpendapat lelaki berusia ini mempunyai pengalaman dan ‘latihan’ bertahun-tahun mendahului mereka dalam hubungan seksual. Oleh itu, seks dengan lelaki berusia ini lebih memuaskan kerana mereka memikirkan kepuasan isteri dahulu. Tambahan pula, kini sudah wujud pelbagai ubat yang bantu merangsang libido lelaki berusia.

4) Meluaskan sudut perspektif

Oleh kerana perempuan muda yang berkahwin dengan lelaki berusia sering dikaitkan dengan menjadi punca keruntuhan rumah tangga, kaki kikis dan sebagainya, perkara itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara anda menilai sesuatu perkara.

Selain itu, oleh kerana suami anda capai usia pertengahannya dahulu, anda secara tidak langsung akan lebih banyak bersabar dan lebih memahami bagaimana untuk menjalani kehidupan bersama-sama orang berusia.

5) Menghargai hari-hari yang mendatang

Bersama dengan lelaki berusia akan membuat anda lebih menghargai setiap waktu yang dijalani bersama-sama. Bukan sahaja anda lebih mencintainya kerana mengetahui dia tidak akan ada bersama anda selamanya, anda juga akan jadi lebih penyabar kerana melihat sendiri betapa singkatnya kehidupan ini sebenarnya.

4 Sisi Negatif Perkahwinan May-December

1) Ramai bekas isteri/ex-girlfriend!

Lelaki berusia mungkin mempunyai bekas isteri atau bekas kekasih yang lebih ramai daripada lelaki muda. Inilah yang menjadikan mereka lebih bijak dalam selok-belok perhubungan. Namun, anda kena tahan sajalah cemburu apabila si suami mengimbas kembali kisah lamanya dengan bekas kekasih atau bekas isteri!

2) Mempunyai anak

Mungkin pasangam anda sudah mempunyai anak serta mungkin hampir seusia dengan anda hasil perkahwinan yang terdahulu. Bersedialah untuk menjadi ibu segera atau anda berkemungkinan terpaksa bermusuh dengan mereka kerana ‘berebut’ kasih.

3) Beza minat dan hobi

Jurang generasi menjadikan minat dan hobi pasangan seperti ini agak jauh bezanya.

Oleh kerana lelaki berusia sudah tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti yang trendy, jadi kadang kala pasti si isteri akan terasa hati dan berasa sedikit ‘bosan’.

4) Perubahan fizikal

Apabila si dia makin berusia, barulah anda sedari bahawa dia memerlukan lebih banyak perhatian dan kasih sayang daripada anda, lebih-lebih lagi jika suami mulai sakit dan perlukan penjagaan sepanjang masa. Jika pasangan lain masih sihat dan aktif meskipun sidah berbelas tahun berkahwin, anda pula perlu lupakan semua itu demi menjaga kebajikan suami.

Apa-apa pun, kalau sudah jodoh, apa boleh buat?Yang penting masing-masing memahami dan menyayangi pasangan sepenuh hati, itulah yang jadi pengukur kebahagiaan sebenar dalam perkahwinan! - Kedahnews.com