7 Makanan Untuk Melawan Stress


KEHIDUPAN moden kita hari ini memang sibuk dari pagi hingga ke malam dengan kerja dan tugasan lain sehari-hari hingga boleh menyebabkan stress atau tekanan.

Apabila tekanan mencapai tahap yang tinggi, perhatian daripada pakar diperlukan, yang mungkin akan memberikan preskripsi ubatan tertentu.

Tetapi dalam kehidupan seharian kita, stress boleh ditangani dengan mengambil makanan tertentu yang mudah diperolehi dan berkhasiat untuk meredakannya.

1. Pisang

Pisang mempunyai potasium, sejenis galian yang membantu merendahkan tekanan darah.

2. Bayam

Bayam mengandungi magnesium yang mengawal cortisol, sejenis hormon stress, dan mengawal tekanan darah.

3. Kacang

Kacang seperti badan, pistachio dan walnut mengandungi potasium, vitamin B dan zink yang membantu sistem melawan stress.

4. Susu

Susu mengandungi tryptophan yang ditukarkan oleh tubuh menjadi serotonin, membantu memperbaiki mood.

5. Ikan

Ikan berlemak seperti sardin, tuna dan salmon mempunyai omega 3 yang turut membantu mengawal adrenaline.

6. Teh

Teh dapat membantu merendahkan hormon cortisol yang menyebabkan tekanan.

7. Coklat

Coklat menghasilkan hormon gembira endorfin, hormon yang menolong badan melawan kesakitan dan tekanan. Pilihlah coklat gelap (dark chocolate) untuk lebih sihat.

Selamat mencuba! – Kedahnews.com