Ahli PKR Tinggalkan Parti Kerana Bantah Kehadiran Mahathir Dalam PH


Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini menyedari penubuhan parti itu adalah kerana tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyingkirkan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir 20 tahun lalu.

Sekarang ini pula, Dr. Mahathir menubuhkan parti baharu dan menyertai gabungan pembangkang bersama PKR, DAP dan Parti Aamanah Negara (PAN).

Tindakan Dr. Mahathir itu ternyata tidak menguntungkan orang Melayu dan Islam, sebaliknya  menambahkan lagi  perpecahan.

Atas alasan itu juga seramai 80 ahli PKR di kawasan Gua Musang mengumumkan keluar parti yang diasaskan oleh Anwar itu,  berkuat kuasa semalam.

Mereka kini hilang keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan (PH), kini mengambil keputusan menyertai PAS.

Selain itu mereka kecewa dengan sikap parti-parti dalam Pakatan Harapan yang terus bercakaran dan berebut kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Dr. Mahathir adalah penyebab utama wujudnya PKR. Beliau ditentang kerana pelbagai langkah zalim beliau suatu ketika dulu, namun kini diangkat pula sebagai calon Perdana Menteri, " kata Timbalan Ketua PKR Cabang Gua Musang, Syed Azhar Syed Alwi.  

Menurutnya PKR kini sudah hilang hala tuju lebih-lebih lagi selepas kemasukan Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Pada sidang akhbar di Gua Munsang semaam, Syed Azhar dan rakan-rakannya turut menyerahkan borang keahlian kepada Yang Dipertua PAS Gua Musang, Azman Ahmad sambil disaksikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ahad lalu PKR cawanngan pekan Pangkor dan Ranting Pasir Bogak di Perak terbubar sepenuhnya apabila seramai 250 ahlinya mengumumkan keluar parti tersebut. - Kedahnews.com.