Ahli PPBM Pendang Desak Pemimpin Selesai Masalah Parti, Sebelum Nak Perintah Negara


Ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah mahu pemimpin parti mereka khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Mukhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sesesaikan masalah parti dahulu sebelum mahu 'Selamatkan Malaysia'.

Parti masih bercelaru celarum macam mana nak selamatkan dan perintah  Malaysia?

Perkara itu antara yang diluahkan oleh sekumpulan ahli PPBM Pendang Kedah semalam selain isu kekayaan Dr. Mahathir dan keluargannya yang belum dijelaskan kepada ahli di akar umbi.

“Saya menyertai Bersatu (PPBM) kerana beranggapan parti ini adalah sebuah parti yang terbaikn, namun apabila berada di dalam parti, saya mendapati inilah parti paling teruk di Malaysia,” kata Ketua Pusat Daerah Mengundi Tokai, Pendang  pada sidang media, di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar. 

Ahli PPBM Pendang itu tampil menggesa agar isu-isu dalaman parti berkenaan di­selesaikan dengan segera sebelum mendatangkan kebencian dalam kalangan ahli sendiri.

Nizam yang juga Ketua Keselamatan PPBM Parlimen PendangLam berkata, beliau yang mewakili rakan lain terpaksa mengambil langkah ini setelah gagal mendapatkan jawapan daripada pemimpin mereka termasuk berkaitan skandal Presiden.

"Kami yang terpaksa ber­depan dengan orang kampung yang sering bertanyakan isu ini dan kami tidak mempu­nyai jawapan. Kami ingin me­luahkan kekecewaan ini kepada PPBM dan berharap ia diperbetulkan sebelum pi­lihan raya umum nanti atau parti berhadapan dengan kebencian ahli sendiri.

Menurut beliau lebih 1,000 ahli PPBM dari Langkawi, Alor Setar, Merbok, Sungai Petani dan Kubang Pasu menyatakan juga relah menyatakan pendirian yang sama. 

Nizam menambah, keba­nyakan ahli juga tidak berpuas hati dengan cara gerakan parti yang disifatkan bercelaru dan tidak teratur.

“Saya menyertai parti ini kerana beranggapan ia sebuah parti yang terbaik, namun apabila berada dalam parti didapati ia paling teruk. Tikam menikam, tanya tak boleh, bajet buat kerja tak ada dan semua kena buat sendiri, katanya lagi.

"PPBM mengutip  ahli 'tepi longkang dalam pasar malam sahaja, macam mana nak kenal mana satu ahli? katanya.

Kata Nizam keghairan  menambah ahli bukan untuk melawan Barisan Nasional (BN) tetapi untuk menunjuk kepada PKR yang PPBM ada lebih ahli daripada PKR.

PPBM Pendang  meluahkan kekecewaan terhadap parti mereka selepas pelbagai isu yang timbul gagal diatasi pucuk pimpinan dan tindakan mendedahkan masalah kepada pihak media adalah jalan terakhir untuk meluahkan perasaaan yang terbuku selama ini.

Beliau mendakwa  lebih daripada 1,000 ahli parti dari seluruh Kedah menghubunginya menyatakan perkara sama.

"Pucuk pimpinan di pusat juga wajib dengar keluhan ahli di bawah. Parti dikuasai oleh orang-orang terkaya serta anak-anak terkaya tapi minta derma lagi daripada kami yang susah ini. Sepatutnya isu minta derma tak perlu diwayangkan pada kami yang susah ini,” katanya.

Sementara itu kata beliau, PPBM diharap tidak akan mengambil tindakan memecatkan mereka yang membuat kenyataan ini kerana mereka masih sayang PPPM.

Sebelum ini, Mukhriz yang juga timbalan presiden mendakwa mereka yang membuat kenyataan itu bukanlah ahli PPBM seperti mana yang dinyatakan kepada ahli parti itu di  Jerai dan Merbok selepas mereke mengkiritik parti baru-baru ini. - Kedahnews.com