PUTERA Mahkota Arab Saudi Putera Mohammad Bin Salman beri amaran Riyadh mungkin akan berperang dengan Iran dalam tempoh 10 ke 15 tahun lagi.
Dalam temubual bersama Wall Street Journal minggu ini, beliau berkata perang tidak mustahil berlaku sekiranya sekatan lebih besar terhadap Iran tidak segera dilaksanakan.
Justeru beliau mengesa masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan lagi tekanan kepaa Iran bagi memaksa negara itu menghentikan program nuklearnya.
"Kita perlu berjaya mengelakkan konflik ketenteraan.
"Kalau kita tidak berjaya dengan apa yang kita lakukan sekarang kemungkinan besar kita akan berperang dengan Iran dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang." jelasnya.
Putera Mohammad kini dalam rangka lawatan rasmi pertamanya sebagai Putera Mahkota Arab Saudi turut dijadual bertemu Presiden Donald Trump dan beberapa kepimpinan tertinggi Amerika Syarikat.
Menurutnya lagi Riyadh juga mungkin akan memulakan program senjata nuklearnya jika Iran berjaya membangunkan senjata pemusnah besar-besarannya.
Ketegangan hubungan Tehran dan Riyadh semakin meruncing sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutama melibatkan isu pemerintahan Syria di bawah Presiden Bashar Assad.
Sumber: Awani