KOTA BHARU - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan bersama rampasan sepucuk pistol di ladang kelapa sawit Kemahang 2, Tanah Merah, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, suspek berusia antara 34 dan 40 tahun ditahan pasukan Penguatkuasa Risikan Sempadan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am, Pengkalan Chepa dalam serbuan jam 6 petang.
"Intipan mendapati seorang lelaki masuk ke kawasan dipercayai memproses air ketum dan berlaku pergelutan sebelum berjaya ditahan.
"Hasil pemeriksaan menjumpai dadah dan senjata api bersama dua peluru," katanya pada sidang media, semalam.
Sumber: Sinar Harian