Belum pun menjadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini sudah mahu menunjukkan corak kepimpinan 'kuku besi.'
Sikap yang ditunjukkan Mukhriz tidak ubah seperti bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersifat kuku besi ketika menjadi Perdana Menteri.
"Apa yang dapat saya katakan adalah Mukhriz dan Mahathir sama saja. Belum mendapat kuasa, sudah menunjukkan sikap kuku besi," katanya Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias.
Beliau mengulas kenyataan Mukhriz yang dilaporkan berkata, pakatan pembangkang akan memecat semua pegawai kerajaan yang mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika mereka menguasai Putrajaya.
Sementara itu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata, jika pakatan pembangkang diberi peluang mentadbir negara, mereka, pasti akan menjadi kerajaan yang akan membalas dendam.
Walaupun pakatan pembangkang belum lagi menang dan mentadbir kerajaan, tetapi sudah memaklumkan mahu membuang pegawai kerajaan.
Kenyataan Mukhriz itu senada dengan kenyataan pemimpin DAP sebelum ini yang mahu membuang 50 peratus penjawat awam jika mereka jadi kerajaan.
Dalam siri dialog bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (GO), Mukhriz dilaporkan berkata tindakan pemecatan itu akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari selepas pakatan pembangkang menawan Putrajaya.
Sementara itu beberapa pemimpin UMNO bahagian mengingatkan Mukhriz agar tidak membuat pusingan U seperti bapanya dengan kenyataannya itu yang ingin menyingkirkan semua pegai tinggi kerajaan. - Kedahnews.com